suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi pengurusan Song Hye Kyo saman netizen yang sebarkan berita palsu!

Song Hye Kyo sah bercerai dengan Song Joong Ki pada Isnin lalu.

PERCERAIAN pasangan selebriti Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menerima pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang terkejut dengan berita tersebut.

Malah ada juga segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif serta menyebarkan berita yang tidak benar mengenai Song Hye Kyo.

Menurut laporan Allkpop, agensi pengurusan Song Hye Kyo iaitu UAA memberitahu pihak mereka telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

"UAA sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat menyebarkan berita tidak benar mengenai Song Hye Kyo.

"Kami akan mengumpul segala bukti dan komen untuk menjaga reputasi artis kami," katanya.

Song Hye Kyo dan Song Joong Ki sah bercerai selepas melalui prosiding secara tertutup di Mahkamah Keluarga Seoul pada Isnin lalu.

Song Hye Kyo, Song Joong Ki

Artikel Lain