suria

Pelagak ngeri 'Fast and Furious 9' koma selepas jatuh bangunan

Joe dilaporkan dalam keadaan stabil, namun masih dibawah pengawasan doktor.

PELAKON lagak ngeri dalam filem Fast and Furious 9 iaitu Joe Watts dikejarkan ke hospital dan dilaporkan koma setelah terjatuh ketika melakonkan satu babak aksi.

Menurut laporan SkyNews, Joe Watts kini menerima rawatan kecemasan di Hospital Royal London.

Berita sedih itu dikongsi oleh tunangnya iaitu Tilly Powel menerusi laman Facebook miliknya.

Pakar perubatan terpaksa meletakkan Joe dalam keadaan koma atau tidak sedar memandangkan dia mengalami kecederaan pada bahagian otak.

Tilly turut memberitahu keadaan Joe dilaporkan stabil namun masih dalam pengawasan doktor.

Pada Isnin lalu, Joe terjatuh daripada ketinggian sekitar sembilan meter semasa menjayakan babak aksi di Studio Warner Bros, Hertfordshire, London.

Terdahulu, Joe pernah beraksi dalam beberapa buah filem antarabangsa antaranya Game of Thrones, Star Wars: The Last Jedi and Kingsman: The Golden Circle.

Terbaharu dalam filem Spider Man: Far From Home yang dibintangi Tom Holland.

SUMBER: SkyNews

Fast and furious 9

Artikel Lain