suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sah bercerai secara baik tanpa pembahagian harta

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akhir sah bercerai selepas dua tahun berkahwin.

PELAKON Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akhirnya sah bercerai selepas melalui prosiding secara tertutup di Mahkamah Keluarga Seoul pada Isnin.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan Song Hye Kyo memberitahu prosedur perceraian pasangan itu berjalan lancar dan mereka bersetuju berpisah secara baik tanpa pembahagian harta.

"Kes perceraian Song Hye Kyo sudah berakhir pada Isnin di Mahkamah Keluarga Seoul. Kami memaklumkan kepada anda bahawa prosedur telah selesai dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan perceraian tanpa pembahagian harta," katanya.

Song Joong Ki sebelum ini mendedahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya pada 27 Jun lalu selepas dua tahun berkahwin.

Song Joong Ki, Song Hye Kyo

Artikel Lain