suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laudya Cynthia Bella bongkar rahsia suami bukan lelaki romantik

Bella dedahkan rahsia mengenai suami ketika bual bicara bersama pelakon Titi Kamal. Foto: Tribunnews

PELAKON dan pengacara Laudya Cynthia Bella memberitahu suaminya yang juga usahawan dari Malaysia iaitu Engku Emran bukanlah seorang lelaki yang romantik.

Menerusi laporan Tribunnews, Bella mendedahkan perkara tersebut ketika sesi bual bicara bersama sahabatnya Titi Kamal yang disiarkan di laman Youtube.

Dalam perbualan mereka itu, Bella ada bertanya mengenai tips membina hubungan romantik dalam rumah tangga.

Kata Titi, suaminya iaitu Christian Sugiono atau Tian bukanlah seorang lelaki yang romantik pada awal perkahwinan.

Namun berubah sikap setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

"Sebenarnya Tian itu jenis yang cool... Sebelum ini, dia tak pernah beri bunga, tengok wayang bersama pun jarang sebab dia tak suka tonton filem.

"Tapi lama-lama dia mula terikut cara saya sehingga menjadi romantis, seiring berjalan waktu, bertambah usia perkahwinan kami," kata Titi.

Mendengar kata-kata Titi itu, Bella terus mencelah dan memberitahu beruntung jika suaminya juga begitu.

"Wah bagus betul, saya sujud syukur kalau dia (suami) mahu macam itu juga," jawab Bella.

Terdahulu, Bella dan Engku Emran berkahwin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.

Manakala, Titi dan Tian berkahwin pada Februari 2009.

SUMBER: Tribunnews

Laudya Cynthia Bella, Titi Kamal

Artikel Lain