suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani sanggup berhabis RM177,000 hanya untuk tiket penerbangan

Nia sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk tiket penerbangan bagi merealisasikan percutian bersama keluarga.

PELAKON Nia Ramadhani memberitahu dia membelanjakan wang yang banyak bagi membayar kos penerbangan percutian keluarga ke Amerika Syarikat.

Menurut laporan Liputan6, Nia berkongsi mengenai perkara itu ketika ditanya sahabatnya iaitu Jessica Iskandar semasa temubual program Ngopi Dara.

Nia berkata kos tiket penerbangan untuk lapan orang mencecah hampir 600 juta rupiah (RM177,000).

"Soal bajet bukan saya yang fikir sepenuhnya. Cuma tentang kos... kalau tak fikir fasal hotel, kita sebut tentang penerbangan sahaja, 600 juta rupiah itu ada!," ujarnya.

Tertarik dengan pengakuan Nia, Jessica atau lebih mesra di sapa Jedar bertanya adakah tiket itu untuk kelas perniagaan atau ekonomi.

"Bukan semua... hanya tiga sahaja kelas perniagaan," jawab Nia.

Pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah itu bercuti bersama suami, Ardi Bakrie dan tiga orang anak mereka.

Turut mengikuti jelajah tersebut ialah sahabat baiknya, Theresa Wienathan dan dua pengasuh anak mereka.

SUMBER: Liputan6

Nia Ramadhani

Artikel Lain