suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dah tak pakai heels, perut buncit!” - Netizen buat spekulasi Syahrini sudah hamil

Netizen buat spekulasi kononnya Syahrini hamil kerana perubahan pada bentuk badannya. Foto: Tribunnews

AKAUN Instagram penyanyi Syahrini dihujani ucapan tahniah daripada peminat berikutan dia dikhabarkan sedang hamil anak sulung.

Netizen mula membuat spekulasi tersebut setelah melihat keadaan perut Syahrini yang dikatakan semakin berisi dan kelihatan buncit.

Menerusi laporan Tribunnews, ramai peminat mengharapkan Syahrini benar-benar hamil dan mendoakan agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Lebih menguatkan spekulasi apabila penyanyi lagu Seperti Itu ini hanya memakai kasut bertapak rata ketika keluar bersama keluarga.

Umum mengetahui Syahrini gemar memakai kasut bertumit tinggi dan jarang sekali bergaya ringkas jika berada di luar rumah.

"Positif hamil tu Inces, tengok perut dah buncit dan muka nampak berseri, rasanya hamil baby perempuan ni sebab makin cantik dan segar.

"Isteri Reino Barack ni macam tengah hamil je tu!

"Seperti tengah mengandung tu, lihat badan bentuk macam orang sedang hamil," komen netizen pada foto tersebut.

Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.

SUMBER: Tribunnews

Syahrini

Artikel Lain