suria

Taecyeon (2PM) selesai latihan ketenteraan, kini giliran Chansung pula!

Taecyeon melawat sahabat baiknya Chansung di kem latihan ketenteraan.

AHLI kumpulan 2PM iaitu Taecyeon mengunjungi sahabat baiknya yang juga anggota 2PM iaitu Chansung di kem latihan ketenteraan.

Menurut laporan Soompi, Taecyeon memuat naik foto mereka berdua ketika bertemu di kem berkenaan.

Kedua-duanya dilihat tersenyum gembira sambil berpelukan.

Chansung memulakan latihan wajib tersebut pada 11 Jun lalu, manakala Taecyeon selesai latihan pada Mei lalu.

Menerusi Instagram, Taecyeon turut berkongsi rakaman video istiadat latihan asas yang disertai Chansung.

Dia turut menulis kapsyen mencuit hati dan memberitahu dirinya sudah selesai menjalani latihan yang sama.

Chansung dijangka selesai menjalani latihan dan dibenarkan pulang pada 5 Januari 2021.

SUMBER: Soompi

Taecyeon, Chansung

Artikel Lain