suria

Hero filem 'Jailangkung', Jefri Nichol ditahan kes dadah

Jefri Nichol ditahan polis berhubung kes dadah. Foto: Liputan6

PELAKON Jefri Nichol ditahan pihak polis berhubung kes dadah dan kini berada di Pejabat Polis Daerah Jakarta Selatan, Indonesia.

Menurut laporan Liputan6, Ketua Perhubungan Awam Pejabat Polis Daerah iaitu Suharyono memberitahu aktor tampan yang dikenali menerusi filem Jailangkung ini telah ditahan dan disiasat polis pada petang Selasa.

Bagaimanapun dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai penahanan tersebut sehinggalah siasatan selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol Lalui Pengalaman Seram

"Benar... sudah dilakukan tangkapan, Jefri ditahan petang Selasa.

"Kita tunggu siasatan dahulu, nanti kita sampaikan maklumat terkini," katanya kepada para media.

Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram miliknya mendapati ramai pengikut terkejut dengan perkhabaran tersebut.

Malah ada yang tidak menyangka Jefri turut terbabit dengan kes membabitkan dadah.

Pada 2017, Jefri, 20, mula mencipta populariti di Malaysia menerusi filem Jailangkung.

SUMBER: Liputan6

Jefri Nichol

Artikel Lain