PERKONGSIAN video pelakon Noniswara memujuk anaknya yang juga aktres Erysha Emyra untuk makan menarik perhatian ramai selepas klip berkenaan dimuat naik semula oleh peminat di laman Threads.Dalam video berkenaan, Noniswara memberitahu anaknya itu sememangnya manja sejak kecil sehingga sering disuap oleh ahli keluarga. "Ini sewaktu di hospital. Dia (Erysha) tiada selera makan dan terpaksa dipaksa untuk makan. Perkongsian Noniswara (kiri) mengundang perhatian ramai."Dari kecil hingga sekarang, kalau makan memang selalu kena suap oleh daddy, mummy atau abangnya," katanya. Noniswara berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.Video Noniswara memujuk Erysha dipercayai dirakam ketika pelakon itu melalui detik sukar berkaitan kesihatan bapanya semasa berasa di hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Erysha Emyra meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Erysha Emyra tak halang Noniswara kahwin lagi, faham keadaan ibu sedang sunyiDalam pada itu, Noniswara memberitahu sifat manja tersebut sudah sebati dengan Erysha sejak kecil dan berterusan hingga kini."Itulah Erysha memang selamanya manja dan sentiasa menjadi anak kecil kami," ujarnya. Perkongsian itu juga turut mengundang sebak netizen yang tersentuh melihat keadaan Erysha lebih-lebih lagi selepas kehilangan bapanya, Datuk Zakaria Abdul Rahman. "Baru baca kapsyen mummy (Noniswara) dia, memang anak manja sebenar daddy dan mummy. Terus kuat Erysha," tulis netizen. Erysha (kanan) baharu kehilangan bapa tercinta.Pada Jumaat lalu, bapa Erysha disahkan menghembuskan nafas terakhir. Sebelum itu, pada 21 Mei lalu, Erysha memohon doa orang ramai selepas bapanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital. Untuk rekod, Noniswara pernah berkahwin dengan Zakaria dan dikurniakan tiga cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!