suria

Digelar ‘Sam Smith Malaysia’, Shazriq Azeman kesal dituduh normalisasi LGBT gara-gara baju beropol

Shazriq kesal penampilannya dikritik ramai.

PENYANYI dan komposer, Shazriq Azeman mencuri perhatian ramai apabila tampil mengenakan baju beropol dalam muzik video (MV) Masih Ada Kau Lagi yang disifatkan netizen tidak sesuai dengan imej lelaki.

Disebabkan penampilan itu, ada yang menggelarkan Shazriq sebagai 'Sam Smith Malaysia' selain menuduhnya cuba menormalisasikan budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terbuka.

Tenang berdepan kecaman itu, Shazriq, 27, berkata dia membaca setiap komen yang ditinggalkan di media sosial dan tidak menafikan hatinya sedikit terguris dengan kata-kata kasar netizen.

Baju Shazriq dalam muzik video jadi perhatian.

Menurut Shazriq, komen yang mendakwa dirinya cuba menormalisasikan LGBT antara  paling meninggalkan kesan kerana tidak menggambarkan niat sebenar dalam berkarya.

“Sebagai penyanyi saya memang baca setiap komen netizen. Saya faham konteks yang mereka maksudkan iaitu tentang ‘sexual preference’ berdasarkan penampilan saya.

"Tapi bukan niat saya untuk menyampaikan mesej ke arah itu. Memang saya terguris sebab komen-komen itu agak kasar, tapi saya sudah biasa hadapinya sejak tujuh tahun bergelar penyanyi.

ARTIKEK BERKAITAN: Antara Dua Darjat gandingkan Hadie dan Qadejah, Ina Naim letak syarat... "Tiada babak sentuh atau adegan undang fitnah"

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum karya Syamsul Yusof, Jastis Arimba harap ada filem tentang Palestin

"Kalau hati tak keras, memang susah nak teruskan kerjaya dalam industri ini,”  katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Shazriq, kecaman yang diterima turut mengingatkannya kepada pengalaman sewaktu di bangku sekolah apabila sering digelar ‘lelaki lembut’. 

“Saya terguris sebab lama tak kena (ejek) atau dipanggil lembut. Ingatkan saya dah keluar daripada kepompong itu. Dari sekolah lagi saya diejek begitu,” luahnya.

Dari sekolah lagi saya diejek lembut.

SHAZRIQ AZEMAN

PENYANYI/KOMPOSER

Bercerita mengenai konsep penampilannya dalam MV tersebut, Shazriq berkata dia bersama pasukan produksi ingin menampilkan konsep fantasi ala era Renaissance, namun tidak menyangka ia disalah tafsir oleh orang ramai.

Jelasnya, salah faham mula berlaku apabila lagu itu dijadikan runut bunyi drama Bintang Di Langit Syawal yang ditayangkan di TV3 bermula 23 Oktober lalu.

Katanya selepas muzik video itu tular, dia dan pasukannya sepakat untuk memadam bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih panas.

Shazriq kecewa mesej yang dingin disampikan disalah erti.

“Awalnya kami nak hasilkan karya yang berinspirasikan era orang putih zaman dahulu. Perbincangan muzik video itu pun tidak melibatkan pihak drama Bintang Di Langit Syawal, jadi kami memang tak tahu jalan cerita drama tersebut.

“Kami tak nak keruhkan lagi keadaan. Tapi saya tetap berterima kasih kepada abang Azhar Sulaiman kerana berkongsi muzik video itu kepada orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Azhar Sulaiman memuat naik video sedutan drama Bintang Di Langit Syawal bersama muzik video lagu berkenaan bagi tujuan mempromosikan karya tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain