suria

“Ambil masa lima jam ke KLIA, tetap terlepas flight!” – Kasih Iris Leona

Leona tenang bila berjaya tukar waktu penerbangan.

SUSULAN penutupan jalan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, personaliti media sosial, Kasih Iris Leona terperangkap dalam kesesakan jalan raya pada Isnin.

Menurut Leona, 23, disebabkan kejadian itu dia terlepas penerbangan yang dijadulkan pada 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya mengambil masa lima jam untuk sampai ke lapangan terbang hingga terlepas penerbangan.

Luahan hati Leona mengenai keadaannya.

"Saya keluar rumah jam 7 pagi untuk penerbangan jam 11 pagi, tapi saya sampai di lapangan terbang jam 12 tengah hari disebabkan semua jalan ditutup," katanya.

Leona berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya yang memaparkan dia berada di KLIA.

Leona bagaimanapun tidak berkongsi destinasi penerbangannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah Leona bergelek atas pentas, mahu mula kerjaya jadi penyanyi dangdut

ARTIKEL BERKAITAN: Leona ubah cita rasa, kini tertarik dengan lelaki Sepanyol

Tambah Leona, akibat penutupan jalan di beberapa kawasan dia terperangkap selama kira-kira 45 minit di sebuah lokasi dan sempat tertidur di dalam kereta kerana keletihan.

Meskipun keadaan agak kelam-kabut, Leona bagaimanapun lega apabila berjaya menukar jadual penerbangan kepada pukul 2 petang. 

"Saya tertidur 45 minit dan bila buka mata, masih berada di tempat yang sama.

Leona janji akan dengar nasihat ibunya selepas ini.

"Tapi sekarang semuanya dalam keadaan baik untuk menunggu penerbangan pukul 2 petang," luahnya.

Dalam pada itu, Leona turut mengakui menyesal tidak mendengar nasihat ibunya yang menyarankan supaya menaiki tren dari KL Sentral. 

"Mak saya suruh naik tren dari KL Sentral pagi tadi, tapi saya degil dan tak nak. Jadi ini pengajaran untuk saya, dengarlah cakap mak," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain