suria

Siti Nurhaliza amal zikir Bismillah 5, elak perkara tidak diingini berlaku

Amalan zikir cara Siti melindungi diri daripada perkara tidak diingini.

AMALAN zikir ‘Bismillah 5’ antara yang selalu dipraktikkan oleh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai salah satu pelindung diri. 

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 46, berkata, zikir itu kerap dilakukan sejak kelahiran anak pertamanya, Siti Aafiyah. 

Zikir itu juga diajar oleh ibunya, Siti Salmah Bachik. 

Siti amalkan zikir ‘Bismillah 5’.

“Bismillah 5 itu saya selalu amalkan dan manfaatnya bagus. Saya belajar dari mak sendiri. Saya mula amalkan sejak Aafiyah lahir. 

“Sebelum ini saya selalu amalkan selawat, tapi selepas jadi ibu, zikir ini  antara saya amalkan. Ia untuk diri sendiri juga,” katanya. 

Siti ditemui ketika majlis pelancaran album tradisional terbaharunya berjudul Gema Bumantara yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza kekal penyanyi nombor 1 Malaysia, diangkat Legenda Muzik Asia Tenggara

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tak kisah bantu, tapi pesan jangan ‘serbu’ rumah

Sebelum ini hantaran Siti berkaitan Bismillah 5 itu mencuri tumpuan ramai selepas dia berkongsi di Instagram miliknya. 

Hantaran tersebut dibuat dan ditujukan kepada anak saudaranya iaitu penyanyi Amad selepas kejadian tiba-tiba rebah di pentas Grand Finale Talk To My Manager. 

Tambah Siti, dia juga sentiasa mengingatkan kepada adiknya iaitu Siti Saerah selaku pengurus kepada Amad untuk menjaga diri dalam program berkenaan. 

Jelas siti amalan membaca zikir kerap dilakukan sejak kelahiran anak pertamanya, Siti Aafiyah. 

“Kami ada group Whatsapp keluarga. Saya selalu beri nasihat kepadanya. 

“Dalam dunia seni ini kita kena sentiasa bersikap terbuka. Kadang-kala kita pun tak tahu apa kita buat. 

“Ini pengalaman yang Amad lalui. Dia kena sentiasa berwaspada,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain