Murid pastinya berasa kecewa dan sedih apabila mendapati hadiah yang diberikan kepada guru kesayangan, dibiarkan atas meja. -Gambar hiasan AI
SAMA ada golongan pendidik mahupun pelajar, setiap orang pasti mempunyai pengalaman tersendiri berkaitan sambutan Hari Guru, namun tidak semua memori yang tercipta itu meninggalkan kemanisan.Bagi individu ini, tarikh keramat tersebut sebaliknya menjadi satu titik hitam yang mencetuskan trauma mendalam dalam hidupnya sehingga ke hari ini. Berkongsi cerita, peristiwa yang berlaku itu membuatkan dia berhenti untuk memberi hadiah kepada guru seawal usia lapan tahun."Aku orang susah, tapi aku paksa mak suruh belikan hadiah pada cikgu dan ugut tak mahu pergi sekolah kalau tak ada hadiah sebab malu dengan kawan-kawan.Segelintir guru gemar menunjukkan hadiah yang diterima kepada umum. -Gambar hiasan AI"Pagi-pagi mak ke kedai dengan menunggang motosikal, belikan sapu tangan untuk dijadikan hadiah."Mak buat bentuk burung dan bunga guna sapu tangan tu, tapi akhirnya cikgu tak bawa balik pun hadiah aku bagi tu," luahnya di Threads.Situasi yang berlaku itu membuatkan dia terus mengambil sapu tangan berkenaan dan memasukkannya ke dalam beg sekolah.Wanita trauma sambutan Hari Guru sejak usia lapan tahun.Paksa ibu beli hadiah sebab malu dengan rakan sekolah.Cikgu didakwa tinggalkan hadiah diberi di sekolah.Menangis dan serik minta ibu belikan hadiah lagi.Netizen kata kemungkinan hadiah sengaja ditinggalkan untuk digunakan di sekolah.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakui rasa malu ketika itu, dia kemudian memberikan semula sapu tangan berkenaan kepada ibunya apabila tiba di rumah."Aku terus cakap dekat mak sambil menangis 'mak lepas ni tak payah bagi cikgu hadiah dah, ini yang terkahir'."Sebab aku tahu keadaan keluarga aku susah masa itu tapi aku paksa juga mak belikan hadiah sebab takut malu dengan kawan," luahnya sambil mengakui sukar melupakan momen berkenaan.Imbaunya lagi, arwah ibunya turut menyatakan bahawa hadiah tersebut berkemungkinan tercicir ketika cuba memujuknya.ARTIKEL BERKAITAN: Diketawakan bagi sabun mandi sebagai hadiah Hari Guru, gadis sayu teringat dekat ibu - “Mak balut cantik-cantik”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedia hadiah Hari Guru macam hantaran, siap ada barang kemas! Ramai kurang senang, bimbang timbul isu pilih kasih di sekolahNamun baginya, apa terjadi adalah pengalaman pahit selain merasakan dirinya bertindak kejam dengan ibu sendiri kerana memaksa membeli hadiah berkenaan.Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan kemungkinan hadiah diberikan itu memang ditinggalkan kerana ingin digunakan di sekolah."Entah-entah cikgu itu tinggalkan dekat meja sebab nak guna dekat sekolah, kau pula pergi ambil balik."Bukan salah cikgu itu, dia tak minta pun hadiah tapi budaya kita yang nak beri sebagai penghargaan," demikian reaksi netizen.