suria

Baru 3 tahun jadi jurugambar dah ada syarikat, pemuda nak buat A to Z... lain rasanya lihat pengantin PKPB di pelamin karya sendiri - “Lagi bersemangat nak ambil gambar”

Luqman akui teruja melihat pengantin berkenaan bersanding atas pelamin yang dihasilkannya. (Foto: Pondok Ideal)

BUKAN sahaja berbakat dalam bidang fotografi, malah jejaka berusia 22 tahun ini juga mahir menghias pelamin.

Begitulah kisahnya mengenai Ahmad Luqman Nurhakim Zul @ Zulkifli yang menjadi jurufoto sebuah majlis kahwin di Dungun, Terengganu pada Isnin.

Lebih manis, pelamin yang digunakan dalam majlis persandingan itu merupakan sentuhan kreatifnya sendiri bersama beberapa pekerja syarikatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin mahu pelamin belon, perancang bandar penuhi impian kawan sejam sebelum majlis - “Kali pertama buat dekorasi, saya pun tak yakin”

ARTIKEL BERKAITAN: Kuda kepang meriahkan majlis kahwin, jurufoto buka cerita tetamu dirasuk selepas kemenyan diasap sebelah pelamin

Mesra disapa Luqman, dia mengakui gembira apabila majlis itu berlangsung dengan sempurna biarpun sedikit terjejas pada mulanya dek Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) yang turut dikuatkuasakan di negeri itu.

"Sebenarnya saya baru buka syarikat perancang perkahwinan pada Mei lalu. Selain khidmat foto dan video, kami juga ada tawarkan pelamin, hantaran, khemah untuk majlis dan sebagainya.

"Pasangan pengantin pada Isnin tu dah lama tempah khidmat foto dengan saya. Pelamin pula dia tempah dengan orang lain.

Pelamin yang dihasilkan Luqman menerusi majlis di Dungun pada Isnin.

"Tapi sebab PKPB, orang yang nak buat pelamin tu tak dapat datang pasang sebab jauh. Jadi saya offer pelamin dari syarikat saya untuk pengantin," ujarnya kepada mStar.

Jelas Luqman lagi, dia tidak kekok membuat kerja-kerja pemasangan pelamin dan menganggap ia satu pengalaman buatnya.

Malah kata Luqman, ia sekaligus membuka matanya khususnya untuk lebih memahami segala tugasan melibatkan kakitangan syarikatnya pada masa akan datang.

Dari kerja cucuk bunga sehinggalah pasang pelamin, saya buat. Saya nak tahu dari A sampai Z.

LUQMAN

"Saya memang minat benda-benda kreatif termasuklah bab dekorasi. Dulu pernah bercita-cita nak jadi pereka hiasan dalaman.

"Sebenarnya lagi bersemangat nak ambil gambar sebab pengantin duduk atas pelamin yang saya buat.

Luqman akui gembira dapat merakam foto persandingan melibatkan pelamin yang dihasilkannya sendiri.

"Dari kerja cucuk bunga sehinggalah pasang pelamin, saya buat. Saya nak tahu dari A sampai Z.

"Walaupun kerja saya banyak kena deal dengan client je, saya juga nak faham apa kerja-kerja yang kakitangan syarikat saya lakukan. saya nak cari pengalaman," ujarnya lagi.

Luqman membuka sebuah syarikat perancang perkahwinan pada Mei lalu yang menawarkan khidmat foto, video, pelamin, hantaran dan sebagainya.

Dalam pada itu, Luqman turut berkongsi foto pelamin yang dihasilkannya menerusi laman Twitter.

Malah, ramai yang turut memuji hasil tangan jejaka itu yang mana ia disifatkan cukup indah dan kreatif.

Antara pelamin yang pernah dihasilkan oleh Luqman sebelum ini.

Bercerita mengenai dirinya, Luqman mula menawarkan khidmat fotografi sejak berusia 19 tahun sehinggalah mampu membuka syarikat sendiri pada tahun ini.

Dia juga sempat menitipkan pesanan buat jurufoto muda sepertinya agar tidak mudah berputus asa dalam bidang itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain