Kuda kepang meriahkan majlis kahwin, jurufoto buka cerita tetamu dirasuk selepas kemenyan diasap sebelah pelamin... pinggan jatuh berselerak - “Macam kena ribut...”

Dakwa jurufoto itu, majlis bertukar kecoh apabila ramai yang dirasuk dan mula tidak sedarkan diri. -Gambar hiasan

PEKERJAAN sebagai jurufoto perkahwinan membolehkan pemuda ini berjumpa dengan pelbagai jenis pelanggan.

Paling tidak dilupakan tentunya kejadian seram yang berlaku sewaktu dia diupah oleh pasangan pengantin dari Batu Pahat, Johor.

Menurut jurufoto yang enggan mendedahkan namanya itu, berlaku kejadian mistik melibatkan dalam majlis berkenaan selepas ada individu yang mengasapkan kemenyan di tepi pelamin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sedih ke ketawa? Foto jurugambar suami isteri ‘baru nak up’ dikerjakan otai-otai - “Kami gelak-gelak sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Shot talent seksi sampai ke ranjang” - Jurugambar muda ini tampil pertahankan pendirian... lebih baik elak kalau nak rezeki berkat

"Masa saya sedang elok shoot pose pelamin, tiba-tiba saya bau benda hangit. Ingatkan tirai pelamin terbakar, rupa-rupanya mereka tengah bakar kemenyan tepi pelamin.

"Ayah client seorang ketua grup kuda kepang. Jadi, dia jemput semua team yang ada di daerah untuk datang perform di majlis anaknya.

"Akhirnya, hampir semua tetamu yang datang dirasuk, terbaring dan berjoget sehingga meja terbalik... macam kena ribut majlis tu," dakwa jurufoto itu.

Dakwa jurufoto itu, kejadian berlaku sewaktu dia diupah oleh sepasang pengantin di Batu Pahat. -Gambar Hiasan

Menurut jurufoto itu lagi, dia bingung melihat situasi itu yang mana pinggan serta kelengkapan majlis yang lain jatuh berselerak.

"Pening aku tengok yang datang dengan suami isteri dan si suaminya dah berlari-lari dengan pinggan dah terlingkup kat lantai.

"DJ muzik ibarat makan gaji buta sebab tak boleh nak on speaker langsung kerana bunyi muzik gendang kuda kepang lebih meriah dan semua tertumpu pada kuda kepang.

Cuma pengajaran disini, nak berseronok tu biarlah berpada-pada dan pandang kiri kanan berpijak dibumi yang nyata.

JURUFOTO PERKAHWINAN

"Saya bayangkan kalaulah DJ pasang surah Yassin time tu," ujarnya lagi.

Tambahnya, kejadian rasuk itu juga belum selesai sewaktu dia dan pasangan pengantin keluar untuk sesi photoshoot outdoor pada sebelah petangnya.

"Endingnya tiada group photo tetamu, kecuali group photo family pengantin lelaki dan perempuan.

"Kami keluar ambil gambar outdoor pukul 4 petang dan waktu itu belum selesai lagi persembahan kuda kepang tu.

Tetamu mula dirasuk selepas kemenyan dibakar bersebelahan pelamin, kata jurufoto itu. -Gambar Hiasan

"Saya pun tak tahu kesudahan kuda tu entah patah tengkuk agaknya buat persembahan berjam-jam.

"Cuma pengajaran di sini, nak berseronok tu biarlah berpada-pada dan pandang kiri kanan berpijak dibumi yang nyata," ujarnya.

Kata jurufoto itu, dia juga masih menyimpan foto kejadian namun enggan mendedahkannya kerana enggan menyinggung perasaan keluarga pengantin berkenaan.

Dia berkongsi kisah itu sebagai respon kepada satu pertanyaan di Twitter yang menyeru mana-mana jurufoto perkahwinan berkongsi kisah masing-masing.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain