“Shot talent seksi sampai ke ranjang” - Jurugambar muda ini tampil pertahankan pendirian... lebih baik elak kalau nak rezeki berkat - Viral | mStar

“Shot talent seksi sampai ke ranjang” - Jurugambar muda ini tampil pertahankan pendirian... lebih baik elak kalau nak rezeki berkat

Kata Amirul, dia membuat teguran terbuka itu untuk kebaikan bersama semua pihak. FOTO: Instagram amirulruslam.

BAGAI menjadi satu kemestian, kebanyakan jurugambar menjadikan laman sosial sebagai platform untuk berkongsi karya seni mereka.

Namun, seorang jurugambar meluahkan rasa kurang senangnya menerusi Twitter apabila ada rakan seangkatan yang beragama Islam sanggup merakam foto menjolok mata demi mencari pengikut dan meluaskan pasaran kerja.

Tidak berniat membuka aib, Amirul Aiman Ruslam, 23, bagaimanapun membuat teguran itu demi kebaikan bersama, khususnya dalam kalangan jurugambar Melayu yang beragama Islam di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar hilang sabar tegur bridesmaid 'lebih sudu dari kuah', ganggu kelancaran majlis

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak 'photoshoot' kediaman jiran rentung, “Dia kata sekurang-kurangnya ada juga gambar kenangan rumahnya”

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Amirul mengakui terdetik untuk membuat teguran itu selepas melihat beberapa jurugambar lain memuat naik foto dalam keadaan yang agak melampau menerusi laman sosial mereka.

"Sebagai Muslim, benda ini adalah common sense. Ada yang nak naikkan market, tambah followers, sanggup shot talent yang seksi.

Sebahagian posting teguran Amirul di Twitter.

"Saya tegur sebab nampak perkara ini dalam kalangan jurugambar. Nak tegur sorang-sorang tak ada masa, jadi saya tegur secara terbuka.

"Kalau ada diantara jurugambar yang masih shot perempuan freehair tu saya faham, saya sentiasa berdoa supaya berhijrah kepada yang lebih baik OK.

"Tapi kalau sampai shot perempuan atau lelaki seksi yang melampau, rasa macam kurang elok sebagai seorang Muslim," ujarnya.

Daripada terjadi persoalan duit berkat atau tidak, lebih baik kita elakkan. Saya percaya pada rezeki Allah.

AMIRUL AIMAN RUSLAM

JURUGAMBAR

Bercerita lebih lanjut mengenai apa yang berlaku, Amirul berkata, dia terkejut apabila seorang jurugambar membuat penggambaran bersama seorang gadis berbikini di atas katil.

Jelas Amirul, dia mengambil langkah untuk berhenti mengikut akaun Instagram jurugambar itu setelah melihat gambar tersebut dimuat naik secara terbuka.

"Nak cepat dikenali, shot talent seksi sampai ke ranjang. Dia post gambar talent berbikini atas katil. Terus saya unfollow.

"Nak shot non-Muslim boleh, tapi janganlah sampai ke ranjang. Kalau boleh, elakkan.

Kata Amirul, dia percaya rezeki tidak pernah salah alamat.

"Pada mereka yang tak setuju dengan pandangan saya, kena kembali kepada asas ajaran Islam. Bukan saya nak kondem, tapi kenalah ikut syariat Islam," ujarnya.

Kata Amirul, dia tidak risau berpegang pada prinsipnya untuk tidak menerima tawaran fotografi sedemikian biarpun ia boleh menjejaskan pendapatannya.

Malah, dia percaya bahawa Allah sudah mengatur rezeki terbaik buat dirinya.

"Daripada terjadi persoalan duit berkat atau tidak, lebih baik kita elakkan. Saya percaya pada rezeki Allah.

Amirul menyedari tindakan segelintir jurugambar yang sanggup mengambil gambar seksi demi meraih pengikut di media sosial. (Gambar Hiasan)

"Rezeki tak pernah salah alamat. Kadang-kadang Allah bagi rezeki, tak semestinya ia diberkati-Nya.

"Kadang-kadang dia sekadar balas apa yang kita penat usahakan saja. Pernah tak kita observe diri kita atau orang lain yang rezekinya sentiasa ada.

"Tapi hati kita tidak tenang, timbul rasa sifat-sifat negatif dalam diri, mudah marah, mencarut, tiada masa untuk beribadat dan sebagainya.

"Itu antara tanda-tanda hati kita tidak tenang, tapi ramai cuba menafikan supaya rasa rezeki kita diberkati. Padahal sebaliknya," ujar Amirul lagi.

Antara karya kreatif Amirul yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.

Posting teguran Amirul di Twitter sehingga kini dikongsi hampir 10,000 netizen.

Malah, ramai yang turut memberikan pandangan berbeza-beza mengenai teguran itu.

Amirul yang memiliki enam tahun pengalaman dalam bidang fotografi menawarkan khidmatnya di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. 

Amirul Aiman Ruslam , jurugambar , seksi , rezeki

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain