suria

Demi pengantin, jurugambar lebih ‘sayangkan’ kamera sebelum minta diselamatkan - “Tak sangka tanah jadi lembut”

Video kejadian ini turut dikongsi di TikTok sehingga ia tular dan meraih perhatian ramai.

MALANG tak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai video tular memaparkan seorang jurugambar yang terjerlus dalam lumpur sehingga meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Menurut Mohamad Aziz Tahir, 26, yang juga seorang juruvideo, kejadian itu menimpa ahli pasukannya iaitu Aiman Izani, 25, ketika mereka sedang melakukan photoshoot di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berhati-hati 200 peratus hasilnya cukup wow! Jurugambar ajak pengantin 'berendam' di air terjun, pengalaman sekali seumur hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buta warna pilih kerjaya jurufoto, hasilnya sangat wow! - “Client ragu-ragu, saya tak ambil hati”

"Kawan saya dah pergi ke tempat itu sehari sebelum hari photoshoot. Dia tengok tempat itu cantik. Kebetulan ia berdekatan dengan rumah pengantin. Jadi kami ambil keputusan untuk photoshoot di sana.

"Hari sebelum tu memang hujan. Kami pun tak sangka tanahnya akan jadi lembut. Ada kawasan tanahnya keras, ada pula tanahnya lembut.

"Bila kawan saya yang photographer tu terjerlus, terus kami kalut sekejap. Saya sedang rakam video pada waktu itu.

"Saya tak cakap banyak dan terus tarik tangan dia, tak terlintas pasal kamera. Tapi dia pula kalut minta saya selamatkan kamera," ujarnya berseloroh.

Namun katanya, dia bersyukur apabila tiada kejadian buruk berlaku dan kamera yang dibawa juga selamat.

ajieh1

Tiga sekawan dari Team Kassim Baba Studio.

Mesra disapa Ajieh, dia mengakui itu antara cabaran yang sering dihadapi setiap kali melakukan outdoor photoshoot sepanjang dua tahun berkecimpung dalam bidang itu.

Malah kata Ajieh yang juga graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi), dia tak sangka video yang dikongsi itu akan tular dan meraih perhatian ramai.

Kalau tiada gambar, macam mana nak tengok pada hari mendatang?

AJIEH

Bercerita lanjut, Ajieh mengakui industri itu banyak terkesan sejak pandemik melanda memandangkan banyak majlis kahwin terpaksa ditunda dan dibatalkan.

"Job agak berkurang. Kalau dulu sebulan ada 10 photoshoot, sekarang mungkin empat atau lima. Kesian sebenarnya, pengantin memerlukan gambar dan video untuk ditatap sebagai kenangan.

"Kalau tiada gambar, macam mana nak tengok pada hari mendatang? Harapnya Covid-19 cepat berakhir dan kita semua boleh photoshoot dan buat kerja macam normal seperti dulu.

"Sekarang nak shoot pengantin berlainan daerah pun susah. Banyak kekangan. Dulu bebas. Tapi saya tak pernah menyesal masuk bidang ini.

ajieh2

Ajieh tak sangka video dikongsi tular di TikTok.

"Setiap orang dah ditetapkan rezeki masing-masing. Macam mana pun cabaran Covid-19 ini, kita kena hadapi. Cuma berharap ia hilang secepatnya," ujar Ajieh.

Mengenai dirinya, Ajieh merupakan salah seorang ahli Team Kassim Baba Studio yang menawarkan khidmat fotografi dan video yang mana ia diusahakan bersama dua rakannya iaitu Aiman Izani dan Shazwan Alif.

Selain itu, Ajieh turut berjinak-jinak sebagai YouTuber dan banyak menghasilkan drama spontan sejak dua tahun lalu.

Ajieh

Paparan skrin video tular itu.

"YouTube agak slow sikit. Sebab saya buat bersendirian. Kadang-kadang ajak kawan-kawan dan anak saudara berlakon.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Alhamdulillah sambutan meningkat ketika Ramadan lalu. Sekarang saya dah ada 7,000 subscribers.

"Dulu video dapat dalam 1,000 tontonan, sekarang dapatlah dalam 20,000 tontonan. Impiannya, saya nak jadi setanding dengan YouTubers Kelantan yang lain.

"Bukan nak bertanding, cuma nak maju," ujarnya yang berharap dapat menjadi YouTuber berjaya suatu hari nanti.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain