suria

Malu diejek pakai kaca mata tebal, gadis ini nekad pinjam duit insan tersayang buat rawatan... rela lakukan 3 job di kampus nak langsai hutang

Syifaa mempunyai masalah penglihatan rabun sejak berusia tujuh tahun.

CERMIN mata merupakan salah satu aksesori yang boleh membantu seseorang untuk kelihatan lebih bergaya.

Namun bagi gadis ini, penampilannya yang berkaca mata sering menjadi bahan ejekkan orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 abang bujang kenyang sepanjang jalani kuarantin, beg sangkut di pintu gril ‘mewah’ dengan makanan... siapalah yang baik hati sangat ni?

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tunggu kejutan hari jadi, suami terima ‘kek kubur’ pemberian isteri dengan hati terbuka... rupa-rupanya ada sesuatu mahu disampaikan

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Nursyifaa Hanisah Mohd Hussin, 24, masih teringat lagi saat seorang lelaki menegur ketebalan cermin matanya dikhalayak ramai ketika berada di perhentian bas pada tahun 2017.

Oleh kerana terlalu malu dengan teguran itu, dia mengambil keputusan untuk melakukan rawatan mata iaitu Lasik bagi merawat masalah penglihatan rabun yang dialami sejak berusia tujuh tahun.

"Waktu itu tengah tunggu bas di UKM untuk pulang ke Penang dan pakcik ni menegur ketebalan cermin mata saya depan kawan-kawan yang lain.

"Saya tak dapat nak beri sebarang respons. Tetapi seminggu selepas kejadian itu saya beritahu ibu bapa nak buat Lasik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebelum pakcik tu, ada juga yang ejek penampilan saya kerana mempunyai badan agak berisi dan ketinggian yang rendah," katanya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Teknologi Kimia) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

IMG_4920
Syifaa (tiga, kanan) meminjam wang daripada ibu bapanya untuk membuat rawatan rabun penglihatan.

Mesra disapa Syifaa, dia nekad dengan keputusan untuk menjalani rawatan mata kerana enggan dibelenggu perasaan seolah-oleh dirinya tidak cantik hanya kerana memakai cermin mata.

Gadis berusia 24 tahun ini memberitahu dia meminjam wang daripada ibu bapanya iaitu Asmah A Rahman,59, dan Mohd Hussin Hashim,61, untuk membiayai kos perbelanjaan rawatan itu.

"Sebelum nak buat Lasik memang ada terfikir nak pakai contact lens, tetapi power kedua belah mata saya berbeza iaitu 900 untuk mata kanan, 650 untuk mata kiri dan perlu beli lens yang berkualiti tinggi. Saya juga takut tertidur sewaktu pakai contact lens, sebab itu pilih untuk buat rawatan tersebut.

Tipu lah kalau tak pernah sedih bila diejek.

NURSYIFAA HANISAH MOHD HUSSIN

"Jumlah kos rawatan Lasik itu lebih RM8,000, saya pinjam duit daripada ibu bapa dan kemudian bayar mereka balik dengan hasil mengambil upah make-up orang dan menjual tudung serta produk kosmetik di universiti," ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

vhdg
Syifaa menggunakan kemahiran menyolek untuk menjana pendapatan bagi membayar wang yang dipinjam daripada ibu bapanya untuk membuat rawatan rabun penglihatan.

Biarpun pernah diejek, Syifaa menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang membantu dirinya untuk bina keyakinan dalam diri.

Syifaa turut menjelaskan bahawa pengalaman ini mengajarnya untuk lebih menyayangi dirinya dan sentiasa mahu memperbaiki diri dari pelbagai aspek.

"Tipulah kalau tak pernah sedih bila diejek, tapi pengalaman itu sangat penting kerana ia menjadikan diri kita semakin hari semakin kuat untuk menghadapi sebarang ujian daripada orang ramai.

"Pesanan saya bagi mereka yang mungkin pernah mengalami situasi seperti ini untuk menyayangi diri terlebih dahulu dan ia akan membangkitkan rasa untuk memperbaiki diri dari pelbagai aspek," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain