suria

Bukan calang-calang, atuk digelar Captain America tunjuk skil tarik jentera bomba! - "Saya jaga makan, tak merokok"

Saad pernah mengalami kecederaan lutut sewaktu bermain bola sepak ketika berusia belasan tahun.

FAKTOR umur bukanlah penghalang bagi seseorang itu untuk tidak boleh melakukan aktiviti yang mencabar stamina atau daya kekuatan fizikal.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh anaknya iaitu Nurul Najihah Md Saad, 22, lelaki berusia 59 tahun itu, Md Saad Awang, dia mampu menarik sebuah jentera bomba.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas jika satu novel ibu hilang, boleh ‘bergegar’ rumah! Anak dedah kenapa mak tak layan drama Melayu, drama Korea OK pula

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘dulu pegang pen’ buat isteri teruja... bertukang pondok idaman di kebun, hasilnya boleh ‘feeling-feling’ bercuti di homestay

Video tersebut meraih hampir 30,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Mesra disapa Saad, ramai yang terkejut apabila melihat dia menarik sebuah jentera bomba dan tidak percaya dia masih lagi mempunyai tenaga walaupun sudah berusia.

"Objektif saya sebenarnya saya nak motivate anggota bomba yang lain untuk mengekalkan kesihatan mereka pada tahap maksimum walaupun telah mencapai usia 50-an.

HSKSAHK
Saad mahu pegawai bomba yang lain untuk mengekalkan tahap kesihatan mereka pada tahap maksimum.

"Saya tak nak lah mereka jatuh sakit sebelum bersara, apatah lagi bila dah berusia nanti," katanya yang merupakan bekas pegawai bomba kanan di Balai Bomba dan Penyelamat Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut Saad, dia mengambil masa setahun untuk berlatih dari segi fizikal dan mental bagi membina staminanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Antara latihan yang dilakukannya ialah melakukan senaman di gim dan mengangkat tayar berat di tempat kerja.

"Saya mengambil masa setahun untuk membuat persediaan. Saya memperuntukkan satu jam sehari untuk berlatih, lima hari dalam seminggu.

"Apa yang saya lakukan ialah workout di gim dan berlatih mengangkat tayar berat di tempat kerja untuk dapatkan stamina.

Saya tak pernah cedera semasa bertugas mahupun sewaktu menarik jentera bomba.

MD SAAD AWANG

"Saya menitik berat bab kesihatan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu berminyak atau manis dan tidak pernah merokok," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Khadijah Saad.

Saad menerima pelbagai nama gelaran disebabkan kegagahannya itu, antaranya ialah Captain America dan towing man.

Namun disebalik kekuatan yang dimilikinya itu, bekas pegawai bomba ini pernah mengalami kecederaan pada lutut semasa bermain bola sepak ketika berusia belasan tahun.

Oleh kerana itu, dia merujuk pelbagai video berkaitan aktiviti senaman yang bersesuaian untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecederaan.

FWEF
Saad telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya selama 31 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan.

"Saya tak pernah cedera semasa bertugas mahupun sewaktu menarik jentera bomba, tetapi pernah mengalami kecederaan lutut semasa bermain bola sepak ketika usia remaja," katanya.

Setelah bersara pada Mac 2020, Saad kini berkhidmat sebagai seorang perawat di Pusat Rawatan Islam Nur Zikir yang terletak di Kampung Mengkuang, Bukit Mertajam.

Dia juga berpesan kepada mereka diluar sana untuk sentiasa menjaga kesihatan walaupun dalam keadaan sibuk bekerja dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti negatif.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain