suria

Suami ‘dulu pegang pen’ buat isteri teruja... bertukang pondok idaman di kebun, hasilnya boleh ‘feeling-feling’ bercuti di homestay

Pondok yang dibina oleh pasangan suami isteri ini diberi nama Anjung Santai.

HIKMAH memanfaatkan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasangan suami isteri ini akhirnya berjaya membina sebuah pondok kecil yang sekian lama diimpikan di kebun mereka.

Menariknya, pondok tersebut yang dibina tanpa mengambil bantuan tukang rumah hanya dibina menggunakan bahan terpakai dan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan.

"Tak sangka suami yang dahulu hanya pegang pen saja boleh bertukang. Rumah kebun buat seorang dan dibantu oleh saya bermula PKP 3.0. Bahan semua DIY tak ada yang baru, bajet tak ada maklumlah," demikian tulis pemilik akaun Aishah Aziz ketika membuat hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat awal ‘saja nak cuba’, wanita ini buktikan bajet kecil pun boleh dapat bilik cantik... semua DIY je!

ARTIKEL BERKAITAN: Tandas raya DIY siap dengan kos hanya RM300, tapi disebabkan netizen, wanita ini terpaksa pergi semula kedai hardware di rumahnya

Sehingga kini perkongsian yang dibuat di laman Facebook Tiny House Malaysia meraih sehingga 168 shares selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Menurut wanita bernama Siti Aishah Buang, idea untuk membina sebuah pondok di kebun buah-buahan miliknya bersama suami tercetus secara spontan dan tanpa dirancang.

"Sebenarnya saya dan suami, Abdul Aziz Khamis sudah lama mengimpikan untuk membina sebuah pondok di tanah kebun. Tapi iyalah masing-masing ada kekangan masa tambahan pula kami mahu urusan pemilikan tanah selesai terlebih dahulu.

pondok baru 2

Pondok ini dibina sendiri oleh suami Aishah sambil dibantu olehnya.

"Masa start Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Jun lalu, suami potong rumput dan bersihkan tanah kebun yang terletak di hadapan rumah kami sahaja. Masa itulah suami suarakan nak bina pondok, senang nak tengok-tengok pokok buah nanti," katanya.

"Saya mulanya risau juga bila suami kata nak bertukang sendiri... sebab dia ada sejarah masalah jantung dan kena minimumkan buat kerja berat. Tapi sekarang dengan kes Covid-19, susah pula nak upah tukang.

"Bermula buat perlahan-lahan guna kayu-kayu lama yang ada dekat rumah. Tak sangka akhirnya menjadi sebuah pondok idaman. Saya sampai sekarang tak percaya pondok ini dibina oleh suami. Sebelum ini dia bertukang rumah kucing, pasang pagar dan yang kecil-kecil sahaja," ujarnya kepada mStar.

pondok baru 4

Hasil projek Aishah dan suaminya ketika PKP yang diberi nama Anjung Santai.

Menurut wanita berusia 36 tahun ini, suaminya kemudian menyambung bekalan air dan elektrik ke pondok berkenaan.

Hasil kerja tangan suaminya, pondok tersebut yang diberi nama Anjung Santai bukan sekadar pondok kecil biasa malah turut dilengkapi sebuah bilik, tandas dan dapur.

dapur

Pondok ini dilengkapi dengan bilik tidur, dapur dan tandas.

"Saya pula berperanan pada bahagian dekorasi dan menanam pokok-pokok bunga serta herba di sekeliling pondok kerana buat bisnes nurseri secara sambilan.

"Sejak dah siap, kami dah beberapa kali bermalam di pondok tersebut. Kebanyakan masa memang dihabiskan dekat pondok berbanding di rumah. Makan tengah hari pun dekat pondok.

"Bukan saja kami anak beranak yang suka bersantai di pondok tersebut, malah adik beradik kami rajin melepak di sini.

Kebanyakan masa memang dihabiskan dekat pondok berbanding di rumah. Makan tengah hari pun dekat pondok.

SITI AISHAH BUANG

"Dua anak saya yang tinggal di Pulau Pinang dan Selangor pun tak sabar nak balik kampung sebaik sebaik dibenarkan merentas negeri sebab teruja bila kami selalu 'update' mereka tentang pondok ini," ujarnya yang menetap di Kampung Bindu, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Aishah yang juga pekerja di sebuah syarikat swasta berkata, dia dan suami sudah 26 tahun menetap di kampung berkenaan.

pondok baru 3

Pondok ini dibina dengan konsep santai.

"Ini sebenarnya kampung sebelah suami... adik beradiknya semua menetap di kampung ini. Alhamdulillah dah lebih dua dekad menetap di sini, bina rumah dan ada sedikit tanah dijadikan kebun buah-buahan," ujarnya sambil menambah, antara buah-buahan yang ditanam termasuklah durian, rambutan, manggis, pulasan, longan dan avocado.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di Facebook, Aishah melahirkan rasa terharu apabila menerima komen positif daripada netizen.

pondok baru 1

Aishah dan keluarganya kini menetap di kampung Bindu, Batu Pahat.

"Saya saja je share projek kecil kami semasa PKP. Alhamdulillah ramai yang komen positif malah ada juga jadikan ia sebagai sumber inspirasi. Sementara banyak masa terluang bekerja di rumah (WFH), apa kata kita manfaatkan dengan perkara berfaedah.

"Selain dapat mengisi masa, ia juga boleh hilangkan tekanan atau rasa bosan. Boleh juga ubah angin feeling-feling bercuti dekat homestay... tak adalah terperap di rumah sahaja," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain