suria

Tandas raya DIY siap dengan kos hanya RM300, tapi disebabkan netizen, wanita ini terpaksa pergi semula kedai hardware di rumahnya

Zaza berkongsi caranya melakukan make over tandas di TikTok sehingga mendapat jumlah tontonan yang tinggi.

SUNGGUHPUN suasana Aidilfitri yang bakal menjelma tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya, namun mood raya tetap tidak hilang.

Bukan sahaja sudah membeli baju baharu, malah pasti ramai dalam kalangan kita sudah mula menghias atau melakukan 'make over' kediaman masing-masing, termasuk wanita ini.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita ini membuatkan ramai netizen kagum apabila melakukan make over tandas di rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkejut tengok pakaian mak ketika gerudi dinding renovate rumah! Kerja lelaki-perempuan semua boleh buat, janji ada kain batik

ARTIKEL BERKAITAN: Mujur ada bakat terpendam! Pemuda berjaya jimat RM20,000 selepas cuba ubah suai sendiri rumah dibelinya - “Tak sangka jadi secantik tu”

Mana tidaknya, proses make over tersebut dilakukan wanita berkenaan secara bersendirian sahaja bermula daripada A hingga Z.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di aplikasi tersebut meraih lebih 700,000 tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Zaza Mansor berkata dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk melakukan sedikit renovasi di tandas rumahnya, namun hanya berkesempatan melakukannya baru-baru ini.



Zaza melakukan make over salah satu tandas di rumahnya secara bersendirian, bermula dari A hingga Z.

"Saya memang suka menghias rumah... jadi memang niat nak tukar lantai tandas sebab mozeknya sudah lama dan tak cantik. Saya tengok video-video di YouTube sebagai rujukan dan juga survey harga barangan di laman-laman lain.

"Bila dah jumpa apa yang dimahukan, saya pergi ke sebuah kedai hardware di pekan Tampin untuk membeli barang-barang. Semua barang saya dapatkan di situ. Saya juga bertanya dengan mereka untuk dapatkan pandangan dan kaedah-kaedah nak buat.

"Saya ambil masa lebih kurang seminggu untuk siapkan semua, bermula daripada tukar lantai dan mengecat... lama sikit sebab saya tumpukan kepada bisnes sendiri juga.

"Memang nampak agak rumit dan remeh, tapi kita nak pakai lama... kena teliti sedikit. Sungguhpun agak penat, tapi sangat berbaloi bila tengok hasilnya. Tambahan pula saya dapat jimatkan kos kerana tak upah orang. Kebetulan baru siap, maka bolehlah jadi 'tandas raya'," ujar wanita berusia 33 tahun ini.



Zaza tidak lokek berkongsi 'ilmu' kepada netizen yang kagum dengan hasil make over yang dilakukannya.

Menurut Zaza, dia hanya membelanjakan sekitar RM300 sahaja untuk membeli segala barang yang diperlukan.

Bercerita lebih lanjut, Zaza berkata latar belakangnya yang pernah menuntut dalam jurusan Ukur Bangunan sedikit sebanyak membantu proses make over tersebut.

"Semuanya saya buat bersendirian kerana sudah memang minat saya menghias rumah... kalau ada duit, sikit-sikit saya akan hias. Suami pula sibuk berniaga ketika Ramadan... tapi dia kagum bila tengok hasilnya.

"Tak sangka video tu mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Ia adalah video pertama saya kongsi berkaitan dengan hiasan rumah. Terlalu banyak DM yang tanya beli di mana, macam mana nak buat.

Sungguhpun agak penat, tapi sangat berbaloi bila tengok hasilnya. Tambahan pula saya dapat jimatkan kos kerana tak upah orang.

ZAZA MANSOR

"Saya siap pergi ke kedai hardware tu, minta kebenaran pemiliknya untuk rekod semula barang-barang yang saya beli. Proses-proses pula ada yang tak sempat rekod sebab tak sempat dan tangan juga kotor masa sedang buat.

"Selebihnya saya minta mereka rujuk YouTube untuk lebih jelas. Ada yang nak upah minta buat di kediaman mereka... macam-macam," ujarnya sambil ketawa kecil.

Menurut Zaza, melihat kepada sambutan positif yang diterimanya, dia tidak menolak untuk berkongsi video make over lain selepas ini di aplikasi tersebut pada masa akan datang.



Zaza mendapat sokongan daripada suami yang memahami minatnya melakukan dekorasi.

"Mungkin orang suka dengan content seperti ini sebab boleh beri inspirasi, menjimatkan dan konsepnya DIY (buat sendiri) sebab tak ramai yang mampu upah tukang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekarang saya dah nampak rentak, insyaAllah selepas ini saya cuba kongsi video-video berkonsepkan make over atau menghias rumah bagi membantu orang lain juga.

"Walaupun ada yang tak pernah buat kerja macam ni, tapi kalau tahu cara serta teknik yang betul, mesti menjadi," ujarnya yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain