suria

Mujur ada bakat terpendam! Pemuda berjaya jimat RM20,000 selepas cuba ubah suai sendiri rumah dibelinya - “Tak sangka jadi secantik tu”

Ramai netizen memuji kediaman jejaka itu yang mana transformasi itu dilakukannya sendiri.

DI SEBALIK kesan negatif akibat Covid-19 banyak juga perkara positif yang dapat kita ambil daripada pandemik ini.

Ternyata kewujudan virus ini banyak membuktikan adanya bakat-bakat terpendam dalam kalangan masyarakat sehingga tercetus pelbagai idea kreatif.

Begitulah yang berlaku kepada Mohd Rafeq Said apabila dia sendiri terkejut dengan bakat yang ada pada dirinya, lebih-lebih lagi dalam mengubai suai kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Transformasi menarik... Rumah teres usang ini bertukar vila mewah lengkap dua kolam renang!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang rendah hartanah buruk! Ramai terpana tengok transformasi rumah kos rendah lama selepas ‘bikin’ - “Barang hiasan banyak beli di kedai serbaguna”

Perkongsian yang dibuat pemuda berusia 34 tahun itu mendapat pujian netizen apabila dia boleh dikatakan hampir 100 peratus mengubah suai rumahnya sendiri.

Sehingga kini perkongsian yang tular di laman Twitter milik Rafeq itu meraih 8,000 retweets dan 26,000 likes.

"Ruang sekangkang kera tetapi banyak kerja. Bagaimana ia bermula, bagaimana rupanya sekarang," tulisnya di laman Twitter.

Bercerita kepada mStar, Rafeq mendedahkan setelah lama menyewa di kediaman itu akhirnya dua tahun lepas tuan rumah bersetuju untuk menjual unit tersebut kepadanya.

Rafeq melakukan ubah suai secara berperingkat.

Pemuda yang dahulu menyewa di Shah Alam, Selangor itu akhirnya berpeluang membeli rumah tersebut dan kini hampir siap mengubah suainya secara berperingkat.

"Rumah ini saya sewa dulu. Mula saya duduk seorang tetapi selepas ayah meninggal saya bawa mak, kakak dan anak saudara tinggal sekali.

"Tak sangka rezeki saya beli rumah ini. Mula-mula tu saya saja tanya tuan rumah nak jual ke tak. Lepas dia cakap nak, saya pun cuba submit loan. Tiba-tiba lulus.

"Memang terkejut, tetapi saya anggap mungkin rezeki saya doa tiap-tiap hari nak ada rumah sendiri," katanya.

Tak sangka pula akan jadi secantik tu sebab buat sendiri kan.

RAFEQ

Tambah Rafeq lagi, idea untuk mengubah suai rumah ini sebenarnya timbul secara kebetulan sahaja.

Sebelum ini, kata Rafeq, bilik tidurnya yang telah siap diubah suai juga pernah tular.

"Saya mula niat nak ubah suai rumah awal tahun 2020 lagi. Tetapi masa tu saya buat perlahan-lahan.

"Kawan saya ada yang buat interior design. Jadi saya tanya pendapat dia, harga dan sebagainya.

"Tiba-tiba bulan Mac kita dilanda pandemik Covid-19 ini. Banyak pula masa terluang jadi masa tu saya terfikir nak cuba buat sendiri.

"Maklumlah beli rumah terpakai mestilah banyak kerja kena buat untuk nampak baharu," ujarnya.

Lebih menarik lagi, kos ubah suai rumahnya itu jimat hampir RM20,000 dari harga asal untuk mengupah orang terutama pereka bentuk dalaman.

Posting tular di Twitter.

"Jumlah keseluruhan ubah suai rumah ini lebih kurang RM30,000. Sebelum ini saya pernah tanya anggaran nak reka bentuk macam saya minat tu lebih kurang RM50,000.

"Memang jimat banyak tetapi kerja kena buat pun banyaklah. Letih memang tak tahu nak cakap tetapi lepas dah siap memang puas hati," jelasnya.

Sementara itu, Rafeq sempat berkongsi tentang barang-barang yang nampak mewah itu kebanyakkannya dibeli dari sebuah syarikat perabot yang terkenal.

"Barang-barang tu semua banyak saya beli dari IKEA dan idea konsep nak ubai suai tu semua pun dari IKEA juga.

"Banyak pergi sana, saja cuci-cuci mata sambil tu curi idea sikit. Tak sangka pula akan jadi secantik tu sebab buat sendiri kan.

"Memang laluan hall dekat rumah saya tu nampak kecil, sebenanrya susah juga nak letak cermin, lampu dan sebagainya," ujarnya.

Pemuda yang sebelum ini menamatkan pengajian dalam bidang Sains dan Pentadbiran membuktikan bahawa dirinya juga mempunyai bakat dalam reka bentuk.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain