suria

Niat asal nak hiking... jurugambar tak pulang tangan kosong! Foto dekat Rawang Bypass buat ramai lapar tengok ‘hutan brokoli’

Hasil rakaman lensa oleh jurugambar, Patrick dekat Rawang Bypass. foto instagram HeartPatrick

MUNGKIN hutan tebal nampak sekadar biasa-biasa meskipun kehijauannya memukau.

Namun, menerusi beberapa foto yang dirakam dari udara menggunakan dron, ramai terpaku melihat keindahannya.

Kehijauan Hutan Simpan Kanching di Rawang, Selangor di sepanjang Jalan Pintas Rawang atau Rawang Bypass digambarkan seperti sayur brokoli.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow gempak! Video TikTok bukan biasa-biasa... jalan undur 50 meter hasilkan foto Jalur Gemilang berlatarkan KLCC memang menyengat - "Ia nasi lemak terbaik saya rasa"

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Hanya guna telefon, foto ala Doctor Strange ibarat 'mesin masa' - "Saya nak ke tahun 2024 di mana Covid-19 perkara lampau"

"Nak minta ibu saya masak brokoli malam ni. Lapar tengok gambar anda," komen netizen.



Patrick bersama rakan-rakan mendaki Bukit Kuari sebelum menggunakan dron untuk merakamkan foto.

"Anda membuatkan saya lapar. Haha," ujar netizen lain.

Foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram heartpatrick itu dihujani komen-komen yang memuji rakaman lensa jurugambar, Teow Koon Meng.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lebih dikenali sebagai Patrick, katanya, foto-foto tersebut dirakamkan ketika dia bersama dua rakan mendaki Bukit Kuari berdekatan dengan Rawang Bypass dan membuat beberapa rakaman lebuh raya dari puncak.

"Saya tak sangka melihat pokok-pokok berbunga yang begitu indah di sana, kerana saya belum pernah mendengar sesiapa bercakap mengenainya.

"Saya mula menyedari rimbunan tersebut semasa memandu menghala ke lokasi mendaki, dan saya begitu teruja. Setibanya di puncak bukit, saya segera menerbangkan dron mendekati kawasan hutan untuk merakamkan foto," katanya kepada mStar.

Patrcik berkata, dia menggunakan dron Mavic Air 2s untuk merakamkan foto-foto tersebut yang berdekatan dengan Rawang Bypass, selama kira-kira 40 minit.



Imej kelihatan seperti 'hutan brokoli'. foto heartpatrick.com

Selain teruja, jurugambar yang berpengalaman lebih 12 tahun itu menyifatkan keseluruhan pemandangan di kawasan berkenaan begitu nyata dan menakjubkan bagi Malaysia.

"Kami telah melihat keindahan bunga tecoma kira-kira sebulan yang lalu, dan ia satu keajaiban berlaku di bandar.

Pengalaman ini mengingatkan saya betapa banyak keindahan di tanah air iaitu Malaysia sekiranya kita menjaganya dengan baik

PATRICK

"Kali ini, pokok-pokok kapur berbunga di hutan, dan hamparan bunga-bunga kekuningan mengingatkan saya pada pemandangan musim luruh di luar negara.

"Pengalaman ini juga mengingatkan saya betapa banyak keindahan di tanah air iaitu Malaysia sekiranya kita menjaganya dengan baik," katanya.



Hutan Simpan Kanching berdekatan dengan Rawang Bypass. foto heartpatrick.com

Gembira membaca komen-komen netizen, Patrick pada mulanya tidak menyangka rakaman foto-foto hutan tersebut menarik perhatian ramai.

"Saya sebenarnya gembira membaca komen-komen mereka. Saya ingatkan saya adalah orang pertama yang melihatnya seperti brokoli.

"Tapi rakyat tempatan yang melalui lebuh raya di Rawang itu sudah lama melabelkan hutan tersebut sebagai pokok-pokok brokoli," ujarnya.



Teknik fotografi menggunakan pergerakan cahaya.

Selain menggunakan dron, Patrcik turut menggunakan teknik fotografi berkonsepkan light painting yang juga merupakan teknik pengimejan menggunakan pergerakan cahaya, berlatarbelakang Rawang Bypass.

Projek Rawang Bypass merupakan lebuh raya sepanjang 23 kilometer (km) yang memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.

Sebelum ini, Patrcik menjadi perhatian apabila menggunakan teknik fotografi yang sama untuk kelihatan seperti Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan negara ke-63, Ogos tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain