suria

‘Imam phone vibrate’ tular lagi selepas pertahan solatnya sah... video TikTok hukum pergerakan dalam solat raih sejuta tontonan sehari

Video Abdul Rahim menyampaikan penerangan mengenai hukum pergerakan ketika solat menjadi perhatian di aplikasi TikTok.

GARA-gara video seorang imam tular di media sosial kerana menerima panggilan telefon ketika solat tarawih, dia kini dilabelkan sebagai 'imam phone vibrate'.

Dalam kejadian di sebuah surau di Klang, Selangor baru-baru ini, mod getaran (vibrate) yang ditetapkan pada telefon bimbit yang diletakkan dalam poket bahagian dada jubah imam itu, dikatakan 'mengganggu' sehingga memaksa beliau mengeluarkan gajet itu untuk dimatikan.

Masalah lain adalah gangguan bunyi seperti distortion yang dapat didengari menerusi pembesar suara berikutan mikrofon dipasang berdekatan dengan dada dan poket jubah, di mana bunyi nyaring itu boleh menjejaskan tumpuan jemaah.

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon vibrate masa solat tarawih di surau, imam dedah ada kisah silam cengkerik masuk kain - "Geli di dada sampai terasa dekat ketiak"

ARTIKEL BERKAITAN: Mic tak on, imam solat tarawih terkejut keajaiban diharapkan benar-benar berlaku! Bilal nampak garang jadi hero - "Silap saya tak periksa dulu"

Terbaharu, satu lagi video imam berkenaan menjadi perhatian sehingga meraih sejuta tontonan dan lebih 130,000 likes dalam sehari selepas ia dimuat naik di aplikasi TikTok.

Namun, video tersebut bukanlah ketika beliau menjadi imam seperti yang tular sebelum ini, sebaliknya rakaman memberi penerangan mengenai pergerakan yang membatalkan atau tidak membatalkan solat.



Tangkap layar video tular sebelum ini.

Bercakap kepada mStar, Abdul Rahim Azhari berkata, beliau memuat naik video baharu mengenai pergerakan yang membatalkan solat, susulan daripada video tular tempoh hari.

Kata beliau, penerangan tersebut lebih jelas dibuat dalam bentuk video dan diharapkan dapat menjawab persoalan dan kekeliruan netizen sebelum ini memandangkan ramai yang mengatakan solat beliau menerusi video yang tular adalah terbatal.

"Video yang terbaru ni, saya ada perjelaskan menggunakan cara yang lebih praktikal untuk tunjuk apa sebenarnya pergerakan yang membatalkan solat dan apa pergerakan yang dibolehkan dan tak membatalkan solat walaupun bergerak banyak kali.

"Pertama, pergerakan anggota kecil/ringan seperti jari, mata, lidah, dan bibir. Pergerakan anggota-anggota yang saya sebutkan ni walaupun bergerak banyak kali secara berturut-turut sekal ipun, solat tetap tak batal tau.

"Tapi, kalau melampau sangat banyak kalinya dan sengaja sampai ganggu kekhusyukkan solat, boleh jadi makruh hukumnya (kurang pahala solat), jadi hati-hati okay.

"Dan kalau dengan niat nak main-main contoh jelir lidah suka-suka waktu solat sebab nak 'menganjing' member yang solat dekat sebelah atau kenyit mata dekat someone waktu solat sebab nak ngorat dia, solat akan terus batal. Niat dalam pergerakan tu pun mainkan peranan okay, jangan ambil ringan," katanya ketika dihubungi.



Tangkap layar video penjelasan hukum pergerakan dalam solat.

Mengulas lanjut, pendakwah bebas berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa pergerakan anggota yang berat atau besar melibatkan tangan, kaki dan bahu, malah pergelangan tangan.

Tambah beliau, anggota-anggota badan ini sekiranya bergerak lebih tiga kali secara berturut-turut, solat akan terus batal.

Mungkin mereka sebelum ini tidak tahu, tapi teringin nak tahu... dah lama menantikan penjelasan macam ni. Ada pula medium macam TikTok, jadi mudah untuk mereka tengok dan faham

ABDUL RAHIM

"Kalau bukan secara berturut-turut contohnya setiap rakaat bergerak sekali saja, sebagaimana yang saya tunjuk dalam video, maka ia tidak membatalkan solat tapi boleh mengganggu kekhusyukkan solat," ujarnya.

Beliau sebelum ini menjelaskan bahawa solatnya menerusi video yang tular itu tidak terbatal kerana hanya melibatkan satu pergerakan besar untuk mengeluarkan telefon bimbit, dan terus menggengamnya sebelum meletakkannya di atas sejadah ketika sujud.



Abdul Rahim berkongsi ilmu agama menerusi aplikasi TikTok.

Abdul Rahim yang berpengalaman menjadi imam solat tarawih sejak berusia 15 tahun turut menjelaskan bahawa pergerakan yang melampau akan terbatal meskipun dibuat hanya sekali ketika solat.

"Contoh sekali pergerakan yang melampau adalah macam melompat sebab terkejut maka batal solat walaupun dia tak sengaja. Melompat sebab terkejut cicak jatuh atas kaki atau tikus berlari masuk kain... kalau yang ni saya pun tak boleh duduk diam.

"Oleh itu, kalau pergerakan yang macam ni solat akan terus terbatal tau walaupun tak sengaja walaupun dia tak tahu (jahil). Ada yang tanya kenapa solat terus batal kalau gerak yang melampau? Sebabnya, pergerakan yang macam ni membuatkan kita dah tak ada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat," tambahnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berhubung video tersebut meraih perhatian ramai, pakar motivasi dan usahawan itu menyifatkan ia sebagai sesuatu yang amat baik dalam masyarakat, membuktikan mereka turut mencari ilmu berkaitan keagamaan di media sosial seperti aplikasi TikTok.



Abdul Rahim sebelum ini mengeluarkan telefon dari poket jubah bagi mengelakkan gangguan ketika solat.

"Mungkin mereka sebelum ini tidak tahu, tapi teringin nak tahu... dah lama sebenarnya dok menantikan penjelasan macam ni.

"Ada pula medium macam TikTok, jadi mudah untuk mereka tengok dan faham. Saya amat berharap platform TikTok dan seangkatan dengannya mempunyai algorithm macam ni, walaupun content (kandungan) tu berkenaan dengan agama dan kebaikan, ia mudah untuk pergi viral.

"Ini adalah asbab yang Allah bagi rezeki yang mana Allah nak sampaikan ilmu tu. Bila ada platform macam ni, dapat sampaikan mesej atau ilmu berkenaan agama, mudah bagi mereka sedar dan ambil tahu... ada yang salah, ada yang betul.

"Content seperti ini perlu diteruskan di mana anak-anak muda yang ada ilmu, perlu buat benda ni. Kalau benda yang kita tahu tapi tak sampaikan, ia akan jadi satu dosa.

"Harapnya, anak-anak muda lain akan terus sampaikan kebaikan content-content agama dan menjadi manfaat," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain