suria

Bapa bimbang, lelaki tak dikenali 2 kali cuba bawa keluar anaknya dari sekolah guna cara licik... guru berdebar baca WhatsApp - “Anak dia memang cantik orangnya”

Mesej daripada seorang individu yang menyamar sebagai abang saudara kepada seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun. -gambar hiasan/tangkap layar FB Mohd Fadli Salleh

HATI-hati ibu bapa dan guru semua!

Pastikan anak atau pelajar anda tidak terus percaya bulat-bulat sekiranya menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali.

Begitulah kisah benar yang didedahkan oleh seorang guru menerusi satu perkongsian di laman Facebook beliau sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ustaz cium mulut, pipi kamu boleh kan” - Mudir ajak teman tidur sebab takut hantu Cik Bedah, pelajar ‘on’ nak dapat berkat punya fasal

Menurut guru berkenaan, Mohd Fadli Salleh, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas bertemu seorang bapa yang datang ke kedainya bersama dua anak untuk membeli fon kepala dan membaiki skrin telefon.



Mesej yang diterima oleh seorang guru.

"Bila lihat aku ada, dia datang lepak dan borak. Aku memang kenal mereka ni. Anak-anak mereka aku yang ajar sejak 10 tahun lepas.

"Kami boleh dikatakan agak rapat juga. Si ayah datang bercerita, dia sekarang risau dengan keselamatan anak perempuannya. Anak perempuannya ini memang cantik orangnya," tulis Mohd Fadli.

Bercerita lanjut kepada Mohd Fadli, bapa berkenaan memberitahu telah dihubungi oleh guru kelas anaknya pada minggu lepas mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai abang saudara dan mahu menjemput anaknya di sekolah atas urusan keluarga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Terkejut si ayah bila dengar hal itu. Dia tak pernah suruh sesiapa pergi ambil anaknya dan dia tiada urusan keluarga perlu diselesaikan. Terus bergegas ke sekolah untuk ambil anak kerana risau," katanya.



Mesej yang diterima oleh bapa pelajar berkenaan.

Individu yang cuba menyamar sebagai abang saudara kepada anak perempuan berusia 16 tahun itu bagaimanapun tidak serik, dan menyamar pula sebagai guru kelas anaknya.

"Selang beberapa hari, penjahat ini masih tidak berputus asa. Dia hubungi si ayah pula menyamar menjadi cikgu kelas.

Setelah diperiksa, nombor yang sama WhatsApp guru kelas menyamar menjadi abang saudara, dan nombor yang sama menyamar menjadi guru kelas

MOHD FADLI SALLEH

"Dia beritahu anaknya perlu hadir ke sekolah untuk siapkan projek yang diberi guru. Siap maklumkan semua kawan-kawan anaknya dah berada di sekolah menunggu anaknya saja.

"Projek pula harus dihantar esok. Fuh, berdebar baca WhatsApp tu," ujar Mohd Fadli.



Laporan polis yang dibuat oleh bapa pelajar terbabit.

Namun kata guru itu, mujur bapa kepada pelajar Tingkatan Empat itu bersikap rasional dan tidak melatah dengan membuat tindakan bijak.

"Dia hubungi guru kelas dan bertanya hal itu, ternyata ia rekaan penjahat sahaja. Setelah diperiksa, nombor yang sama WhatsApp guru kelas menyamar menjadi abang saudara, dan nombor yang sama menyamar menjadi guru kelas," kata Mohd Fadli yang turut memuat naik tangkap layar dua mesej berasingan yang dihantar kepada bapa pelajar Tingkatan Empat itu.

Menurut Mohd Fadli, bapa berkenaan telah membuat satu laporan polis, dan menerusi tangkap layar laporan tersebut turut dimaklumkan bahawa emel milik bapa itu turut digodam.

"Semoga pihak polis dapat menangkap segera penjahat ini. Hati-hati semua. Bulan puasa pun ada penyamar dan penjahat ingin melakukan perkara yang tak baik pada anak-anak kita.

"Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindunganNya. Amin," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain