suria

Ayah hidap kanser usus meninggal dunia di bulan Ramadan, tragisnya masuk wad beberapa jam sebelum akad nikah anak - “Masa tu khemah, pelamin dah pasang”

Atira sekeluarga reda dengan pemergian itu biarpun ia berat untuk diterima.

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tujuh beradik ini pastinya kurang seri selepas bapa tercinta menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu akibat kanser usus.

Menurut Nurul Atira, 23, bapanya Herman Adam, 55, menderita sakit itu sejak tahun 2019 dan sudah menjalani empat kali pembedahan sebelum keadaan kesihatan kembali merosot beberapa bulan lalu.

"Ia bermula pada tahun 2019. Masa tu perut ayah membesar, tapi pada awalnya klinik dan hospital kata hanya sembelit biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 tahun meninggal, suami setiap hari ziarah pusara isterinya, beri ‘makanan’ 3 kali sehari untuk balas jasa

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... 2 tahun tahan rindu, anak sedih ada halangan lain tak dapat balik Sabah pada hari kematian bapa - “Ramadan kali ini rasa kosong, tiada apa ditunggu”

"Kali ketiga pergi emergency, perut ayah dah macam orang mengandung anak kembar. Selepas itu baru tahu ayah ada kanser. Selain empat kali pembedahan, ayah juga dah lalui 12 sesi kemoterapi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dalam adik beradik, saya seorang yang ada lesen dan boleh bawa kereta. Saya ulang-alik ke hospital walaupun masa tu sedang intern.

"Tahun lepas dah OK, berat badan ayah pun dah naik balik. Kemudian keadaan ayah merosot balik tahun ini. Ayah sempat dibawa pulang ke rumah selama dua hari sebelum dia meninggal pada pukul 1.53 pagi, Jumaat lepas," ujarnya.

Allahyarham bapa Atira menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.

Menurut anak ketiga itu, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ini, namun tarikh itu diubah kepada 11 April lalu kerana risau sesuatu akan berlaku kepada bapanya.

Imbas Atira, dia juga terkilan memandangkan bapanya dimasukkan semula ke hospital pada malam sebelum dia dinikahkan sehingga terpaksa membuat panggilan video ketika acara itu berlangsung.

"Pada malam tu, saya tunjuk baju nikah, ayah angkat tangan kata OK. Dalam 2.30 pagi mak panggil, kata ayah sakit balik.

Saya dah rancang nak beli kemeja untuk ayah, nak bagi dia rasa beraya dengan menantu pertama, tapi tak kesampaian.

ATIRA

"Masa tu khemah, pelamin semua dah pasang. Lagi beberapa jam je saya nak nikah. Kemudiannya saya selamat dinikahkan pada pukul 10 pagi.

"Masa tu ayah di hospital ditemani oleh adik, kami hanya mampu buat video call dengan ayah. Masa akad nikah tu, saya rasa macam nak hentikan semua.

"Kami percepatkan majlis untuk bagi dia tengok, tapi tiba-tiba ayah masuk hospital balik," ujarnya sebak.

Atira membuat panggilan video dengan bapanya yang berada di hospital ketika majlis akad nikahnya pada 11 April lalu.

Menurut Atira yang menetap di Felda Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka, dia sekeluarga reda dengan pemergian itu biarpun ia berat untuk diterima.

Malah, hasrat untuk beraya bersama-sama pada tahun ini juga tidak kesampaian.

"Kami adik-beradik dah beli baju siap-siap untuk raya. Baju yang dipakai ketika saya nikah akan dipakai semula waktu raya.

"Saya dah rancang nak beli kemeja untuk ayah, nak bagi dia rasa beraya dengan menantu pertama, tapi tak kesampaian," ujarnya lagi.

Kisah Atira mendapat perhatian selepas dia berkongsi mengenainya menerusi direct message (DM) Instagram mStar pada Ahad sebelum dia ditemubual pada hari sama menerusi panggilan telefon.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain