suria

Gara-gara ‘janji’ hadiah PS4, instafamous ‘sekolahkan’ remaja minta RM5,000 sebab tak nak hilang kawan 5 tahun – “Bagilah dia kuali”

Gambar kiri menunjukkan Bengah bersama anak, dan foto kanan adalah gambar hiasan PS4, hadiah yang dijanjikan seorang netizen. foto techradar.com

GARA-gara 'berjanji' dengan rakan untuk memberikan hadiah permainan video popular, seorang netizen selamba meminta bantuan daripada seorang instafamous.

Menerusi paparan tangkap layar mesej secara langsung (DM) yang dimuat naik di akaun Instagram @makhlokmacho, netizen itu memaklumkan dirinya telah berjanji untuk menghadiahkan permainan video PS4 kepada rakannya dan telah menyimpan wang berjumlah RM5,000 di bank.

"Saya dah kumpul 5k (RM5,000) dalam bank, tengok-tengok mak ayah saya dah guna. Kawan saya cakap penipu.

ARTIKEL BERKAITAN: Serba salah terpaksa mungkiri janji, guna 4 cara ini supaya tak rasa bersalah

"Saya nak minta jasa abang Bengah kalau boleh bank in kat saya dalam RM5,000. Kawan saya cakap kalau hari ni saya tak tunaikan janji saya, dia tak nak kawan dengan saya.

"Lima tahun saya berkawan dengan dia. Saya tak nak hilang macam tu je," menurut mesej yang dihantar kepada Bengah yang mempunyai lebih 975,000 pengikut Instagram.



Mesej yang diterima Bengah menerusi DM.

Bengah, 34, bagaimanapun amat terkejut dengan permintaan tersebut dan beranggapan wang berjumlah RM5,000 itu keterlaluan hanya kerana mahu memenuhi janji terhadap rakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Korang kalau ada janji dengan kawan, ada niat nak bagi hadiah dekat kawan, jangan guna perkataan janji. Sebaliknya guna perkataan insyaAllah. Maksudnya jika diizin Allah.

"Terkejut Bengah dengan permintaan ni. Tak tahu apa niat dia tapi boleh jadi pengajaran sebab mengingatkan kat Bengah tentang janji beri hadiah pada kawan," tulisnya di laman Instagram.



Bengah (kanan) bersama anak dan adik perempuan, Afiatul. foto instagram makhlokmacho

Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor mendedahkan bahawa beliau sebelum ini belum pernah berjanji dengan rakan-rakannya untuk memberi hadiah.

"Sedangkan nak melepak pun tak tepati masa, inikan pula berjanji nak bagi hadiah? Dengan isteri pun Bengah tak pernah berjanji.

"Tapi kalau dah ada niat nak bagi hadiah? InsyaAllah Bengah tunaikan permintaan isteri," ujarnya yang merupakan bapa kepada seorang cahaya mata lelaki.



Perkongsian Bengah di Instagram.

Menurut Bengah, perkongsian kisah tersebut bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat janganlah sewenang-wenangnya berjanji sekiranya tidak dapat mengotakannya.

Bengah yang turut popular dengan video-video bersama adiknya yang menghidap Sindrom Down, Afiatul Salsabiila, 22, insiden tersebut mengingatkanya dengan satu kejadian yang hampir sama berlaku pada Ramadan tahun lalu.

Korang kalau ada janji dengan kawan, ada niat nak bagi hadiah dekat kawan, jangan guna perkataan janji. Sebaliknya guna perkataan insyaAllah. Maksudnya jika diizin Allah

BENGAH

"Teringat Bengah adik yang minta topup RM30 puasa tahun lepas. Apa la khabar dia sekarang? Hmm...," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membalas DM tersebut dengan mencadangkan hadiah yang bersesuaian, berbanding permainan video berkenaan.



Jawapan balas Bengah.

"Kenapa nak bagi dia benda yang sia-sia? Bagilah dia kuali, boleh dia belajar masak.

"RM5,000 banyak sangat tau. Kalau awak nak RM5 tadi, RM50 Bengah boleh bagi tau.

"Tapi, maaf Bengah tak dapat tolong. Tak payahlah kawan ngan dia kalau sebab game ni," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain