suria

Serba salah terpaksa mungkiri janji, guna 4 cara ini supaya tak rasa bersalah

Membatalkan janji untuk berkumpul dengan rakan-rakan boleh mendatangkan rasa kurang senang pada pihak lain.

MENEPATI janji kedengaran mudah tetapi ia antara perkara paling sukar dilakukan disebabkan pelbagai faktor seperti sibuk bekerja mahupun berdepan situasi luar jangka.

Perasaan serba salah akan timbul jika seseorang itu terpaksa membatalkan janji apatah lagi ia melibatkan orang penting seperti keluarga atau sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mudah, murah! 5 bahan di dapur ini bantu hilangkan sakit tekak

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membatalkan sesuatu temu janji yang telah dibuat lebih awal agar tiada yang berasa tersinggung mahupun menimbulkan salah faham di antara dua pihak.

1. Berlaku jujur

Ini adalah cara paling terbaik yang boleh anda lakukan. Biarpun ia bukan mudah, tetapi sekurang-kurangnya anda menjelaskan situasi sebenar kerana jika menipu ia mungkin mengeruhkan lagi keadaan.

2. Mohon maaf

Orang yang berani memohon maaf adalah individu terbaik di dunia. Jika anda terpaksa membatalkan sesuatu janji, segera mohon maaf tidak kira atas apa juga alasan anda.

Apatah lagi sekiranya anda membatalkan sesuatu temu janji itu pada saat-saat akhir, sehingga ada terpaksa menunggu dan mengorbankan masa mereka.

Memohon maaf ini bukan hanya apabila kamu melakukan kesalahan tetapi gunalah perkataan ini dalam kehidupan seharian sebagai seorang yang rendah diri.

3. Alasan munasabah

Kadang-kala alasan yang kamu mahu berikan mungkin tidak masuk akal dan akan mengeruhkan keadaan. Jika terpaksa menipu, cari alasan terbaik untuk tidak melukakan hati orang yang telah kamu berjanji itu.

Sebaiknya kamu buat mereka faham akan tindakan kamu itu dan mungkin kamu boleh mengambil inisiatif untuk mengambil hati mereka semula. Sebagai contoh, menetapkan tarikh lain untuk bertemu.

4. Fahami diri sendiri!

Sebelum melakukan sesuatu perkara, anda seharusnya memahami keadaan diri sendiri terlebih dahulu. Jika sudah tahu diri benar-benar sibuk atau ada hal lain yang perlu dilakukan jangan sesekali berjanji.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain