suria

Tragis... Trauma akibat gangguan seksual ahli keluarga termasuk ayah sendiri, wanita ini terus anti-lelaki! - “Tak ada seorang pun minta maaf”

Wanita ini terbuka berkongsi episod hitam dirinya menjadi mangsa gangguan seksual ahli keluarga sendiri ketika kanak-kanak. Gambar hiasan

BARU-BARU ini kecoh mengenai pendedahan seorang pelajar perempuan tingkatan lima mengenai gurauan 'rogol' yang dibuat oleh guru lelaki sewaktu sesi pembelajaran kelas Pendidikan Jasmani.

Pendedahan tersebut menjadi perhatian ramai pihak yang mengecam perbuatan guru berkenaan kerana menjadikan perkara sensitif sebagai sesuatu yang 'normal' atau tidak serius.

Pernah berada di dalam situasi yang sama, seorang wanita terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang pernah dialaminya sewaktu kecil bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “You perah sendiri ke susu tu?” - Selepas lebih sebulan, gadis bertudung labuh pula dakwa jadi mangsa gangguan seksual polis ketika lalu SJR... dah macam tak bertamadun!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

Menerusi satu perkongsian di IIUM Confession, wanita yang enggan dikenali itu berkata dia pertama kali menjadi mangsa gangguan seksual ketika dalam lingkungan usia lima atau enam tahun ketika pulang ke kampung.

"Aku bermain dengan abang aku dan dua orang sepupu lelaki yang lebih tua daripada aku. Di sinilah bermulanya episod pertama di mana aku terkena gangguan seksual mereka bertiga.

"Masa ni aku sangat muda and aku tak tahu apa-apa pun pasal benda ni. Reaction aku? Aku gelak sebab aku ingat dia orang mengusik aku.

"Episod kedua adalah di rumah aku sendiri. Waktu ni umur aku dalam 10 atau 11 tahun. Aku akui pada waktu tu, memang tak ada apa-apa knowledge pasal benda-benda macam ni. Kali ni ia adalah daripada ayah aku sendiri. Berkecai hati aku bila ingat balik. Ayah sendiri kot," ujarnya.



Wanita berkenaan mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual sejak berusia lima tahun. Gambar hiasan

Menurut wanita ini yang merupakan anak tunggal perempuan di dalam keluarganya, episod hitam tersebut terus berlaku buat kali ketiga dengan pelakunya adalah adik lelakinya!

"Disebabkan time tu aku dah matang sikit, aku terus cerita dekat mak aku sambil nangis-nangis. Mak aku marah adik aku teruk gila dan dia tak bagi dah adik-beradik aku masuk bilik aku. Dia suruh kunci pintu bilik setiap kali tidur dan dia seorang saja yang pegang kunci bilik aku," ujarnya yang kini berusia 28 tahun.

Tambah wanita berkenaan, episod hitam yang melanda dirinya terhenti seketika memandangkan dia menyambung persekolahan di sebuah sekolah berasrama.

"Aku try maafkan mereka sebab aku nak ketenangan hati dan jiwa aku sendiri tapi, bohonglah kalau aku cakap aku maafkan mereka 100 peratus. Aku manusia biasa.

"Apa-apapun, aku serahkan semuanya kepada Allah. Dia Maha Mengetahui. Mungkin dia orang boleh terlepas di dunia ni, tapi di akhirat semuanya bakal diadili.

Aku try maafkan mereka sebab aku nak ketenangan hati dan jiwa aku sendiri tapi, bohonglah kalau aku cakap aku maafkan mereka 100 peratus.

MANGSA GANGGUAN SEKSUAL

"Setakat ni, tak ada sorang pun yang datang minta maaf dekat aku. Entah dia orang ingat ke tak perbuatan yang dilakukan pada ku," ujarnya.

Beberapa kali menjadi mangsa gangguan seksual, wanita ini berkata dia mengalami trauma sehingga mengehadkan pergaulannya dengan rakan-rakan lelaki baik ketika dia alam universiti mahupun pekerjaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Aku still single tapi aku happy je. Cumanya aku ni jadi seorang yang kuat melawan. Aku tak suka dipijak sebab mengenangkan diri aku yang terlalu naif sangat dulu sampai orang ambil kesempatan dekat aku.



Episod hitam yang dilalui sejak zaman kanak-kanak membuatkan wanita ini trauma sehingga menjadi anti-lelaki. Gambar hiasan

"Colleagues lelaki aku dekat office pulak cakap aku ni lesbian sebab dia orang ingat aku suka perempuan je. Aku akan berkahwin insyaAllah kalau ada rezeki dan jodoh aku di dunia ni, tapi biarlah aku pilih betul-betul dulu.

"Tapi apa-apapun, jangan suka-suka saja nak judge orang dari luaran, kita tak tahu apa struggle orang tu," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain