suria

Dugaan nak sambut Aidilfitri, wanita ini terpaksa ambil baju raya atas kawat berduri... terkejut tengok hasil jahitan - “Ini kali pertama hantar kain dekat dia”

Izzah (gambar kecil) menunggu baju rayanya dihantar di sempadan negeri Kelantan dan Terengganu

KITA ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum menjelangnya Aidilfitri.

Pasti ramai yang sudah mula membeli segala persiapan untuk meraikan hari yang mulia itu.

Begitu jugalah Nurul Izzah Ramli, 23, yang mana dia terpaksa mengambil baju rayanya di sempadan Kelantan dan Terengganu kerana kebanyakan tukang jahit di Besut menutup tempahan lebih awal.

Wanita tersebut memuat naik rakaman video dia mengambil baju raya di sempadan dua negeri yang dipsahkan oleh penghadang dan kawat berduri di aplikasi TikTok sehingga meraih hampir 20,000 ribu tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN:Karya seni secantik pelukisnya! Gadis ini gigih sewa kostum puteri legenda 4 negeri demi lengkapkan projek kad raya Aidilfitri

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti belajar sebab tak mampu beli kasut sekolah, jejaka ini sebak imbas kisah seekor ikan dijamah 8 sekeluarga... siapa sangka kini simpanan cecah 6 angka!

Berkongsi cerita dengan mStar, dia yang mesra disapa Izzah, tidak menyangka video tersebut akan tular kerana niatnya merakam detik itu sekadar mahu dijadikan kenangan sambutan hari raya norma baharu.

Segalanya bermula apabila tiada tukang jahit di kawasannya yang mahu mengambil tempahan menjahit baju raya, memaksa Izzah membuat tempahan daripada tukang jahit di negeri jiran, Kelantan..

"Sebelum ni saya jarang tempah baju raya, selalunya memang beli yang dah siap je. Cuma tahun ni je saya tempah sebab dapat kain batik daripada pakcik saudara.

"Kalau tak memang nak suruh mak saudara yang tinggal dekat rumah saya tolong jahitkan baju, tapi dia pun dah terima banyak tempahan. Tukang jahit lain di Terengganu ni pula kebanyakannya dah fully booked," katanya yang menetap di Besut, Terengganu.

Norfatizah (kiri) menjahit baju Izzah dalam masa seminggu sahaja.

Anak keenam daripada lapan beradik itu kemudian teringatkan ibu kepada rakan sekolahnya Nik Norshafiqah Nordin, 23, yang merupakan seorang tukang jahit.

Izzah mencuba nasibnya dengan menelefon Norshafiqah dan bertanya jika ibunya Tuan Norfatizah Tuan Abdullah, 46, yang tinggal di Kelantan masih lagi mengambil tempahan menjahit baju raya.

"Kawan saya cakap mama dia masih lagi ambil tempahan jahit baju raya. Jadi saya pun hantarlah kain dan baju kurung dah siap sebagai contoh.

"Rumah kawan saya tu memang dekat dengan sempadan Pachakan - Besut dan jalan di kawasan tersebut ditutup kerana pelaksanaan PKP," katanya sambil menambah, baju tersebut mengambil masa seminggu untuk siap dijahit oleh ibu Norshafiqah.

Memang rezeki sayalah agaknya sebab teringat dekat mama Norshafiqah. Kalau tidak, tak merasalah nak pakai baju baru pagi raya nanti.

NURUL IZZAH RAMLI

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Izzah, dia menerima baju rayanya yang telah siap dijahit di sempadan dua negeri pada 23 April lalu, selepas waktu Asar.

Izzah menambah, walaupun Norfatizah sudah lama menjadi tukang jahit, namun ini merupakan kali pertama dia menempah baju dengan wanita berkenaan.

Izzah turut menghantar baju kedua ibu bapanya kepada Norfatizah untuk tujuan mengecilkan saiz memandangkan hanya dia sahaja tukang jahit yang masih mempunyai kesempatan untuk melakukannya.

Izzah (empat, kiri) turut menghantar baju kedua ibu bapanya kepada Norfatizah untuk mengecilkan saiz.

"Mama kawan saya tu dia memang dah lama jadi tukang jahit. Cuma ini merupakan kali pertama saya hantar kain dekat dia untuk dijahit. Cepat jugalah siap baju ni dan hasilnya pun lawa.

"Memang rezeki sayalah agaknya sebab teringat dekat mama Norshafiqa. Kalau tidak, tak merasalah nak pakai baju baru pagi raya nanti," ujarnya.

Izzah merupakan bekas pelajar Universiti Teknologi Mara Dungun, Terengganu, jurusan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan yang baru sahaja tamat pengajian pada awal Februari tahun ini.

Kini dia berniaga secara kecil-kecilan menjual kek dan kuih raya untuk menjana pendapatannya ketika musim pandemik ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain