suria

Amboi berleter cakap bahasa Korea diselang seli loghat nogori, bakal guru dedah belajar sendiri je... rupa-rupanya boleh berbahasa Arab juga!

Video Ezzatie membebel dalam bahasa Korea dan loghat Negeri Sembilan yang dimuat naik di TikTok mencuit hati netizen.

KEBELAKANGAN ini aplikasi TikTok mendapat tempat di hati pengguna media sosial untuk membuat perkongsian video.

Terbaharu, video gelagat seorang wanita yang menggunakan salah satu filter di aplikasi berkenaan dan berleter di dalam bahasa Korea berselang seli dengan loghat pekat Negeri Sembilan, menjadi tular.

Mana tidaknya, kelancarannya yang berleter mengenai kesesakan di sebuah pusat beli-belah ketika musim pandemik benar-benar membuatkan netizen kagum kerana kefasihannya menggunakan bahasa Korea.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar ‘buat hal’, berani tegur Bahasa Arab orang Mesir sampai viral - “Ramai ucap tahniah, ada seorang minta hati-hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Siswa ajar bahasa Arab cara mudah di TikTok kumpul lebih 100,000 pengikut, walau tak pernah jumpa tetap sayang anak muridnya... tapi kenapa ramai salah faham usianya?

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih daripada 500,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik.

Rata-rata pengguna aplikasi tersebut terhibur dengan gelagat wanita berkenaan yang benar-benar 'in-character' ketika bertutur menggunakan 'loghat nogori' dan bahasa asing itu.

"Sopan je time cakap Korea, sampai part nogori macam makcik bawang membebel," tulis seorang pengguna TikTok.



Ezzatie (kiri) pernah menuntut selama empat tahun Jordan dalam jurusan Usuluddin.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Nura Ezzatie Mazlan berkata penghasilan video Korea-Nogori itu tercetus secara spontan memandangkan dia secara suka-suka mahu mencuba 'filter' yang sedang menjadi trend di TikTok ketika ini.

"Ramai orang guna filter tu untuk tunjukkan perubahan wajah sahaja. Saya terfikir nak buat lain dari yang lain... jadi terfikir nak bercakap Korea dengan loghat Negeri Sembilan sebab orang Korea kan cantik... sesuai dengan filter tu.

"Memang video tu ambil one-shot sahaja, semuanya secara spontan. Kemudian saya muat naik dekat TikTok. Tak sangka sampai viral hingga catat jumlah tontonan yang tinggi. Ada video lain yang saya bertutur bahasa Korea tapi jumlah tontonnya tak banyak seperti video terbaharu ini," ujar wanita berusia 28 tahun ini.



Ezzatie kini sedang mengikuti kursus di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk menjadi guru bahasa Korea.

Merupakan anak jati Seremban, dia yang senang disapa sebagai Nura berkata dirinya mula mempelajari bahasa Korea selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2010.

"Masa itu saya suka dengar lagu-lagu Korea... jadi teringin nak belajar bahasa Korea. Saya belajar sendiri saja, melalui satu website iaitu talktomeinkorean.com.

"Website ini menyediakan modul latihan dan boleh menggunakannya secara percuma. Saya ambil masa kurang dua hari untuk mahir dengan abjadnya. Kemudian perlahan-lahan bina ayat.

"Secara keseluruhannya, ambil masa hampir setahun juga untuk mahir. Sukar sebab tiada rakan yang boleh berbahasa Korea untuk kita praktikkan. Namun ketika saya bekerja di sebuah restoran makanan Korea, saya mula improve sebab bos saya orang Korea," ujarnya.

Selain bahasa Melayu, Inggeris dan Korea, saya juga boleh bertutur dalam bahasa Arab sebab belajar di Jordan selama empat tahun.

NURA EZZATIE MAZLAN

BAKAL GURU

Menurut anak kedua daripada empat beradik ini, dia kini sedang menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk menjadi guru bahasa Korea.

Sebelum melanjutkan pengajian di IPG, Nura juga merupakan graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari sebuah universiti di Jordan.

"Selain bahasa Melayu, Inggeris dan Korea, saya juga boleh bertutur dalam bahasa Arab sebab belajar di Jordan selama empat tahun.



Ezzatie ketika meraikan konvokesyen di UIA bersama kedua ibu bapanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ramai yang hantar DM tanya macam mana nak belajar dan sebagainya. Apa yang saya nak katakan, jangan putus asa... mungkin ada yang pandang rendah sebab ingat belajar bahasa Korea kerana minat 'Oppa'. Teruskan sahaja.

"Tak kiralah nak belajar bahasa apa sekalipun, jangan putus asa. Mana tahu, minat belajar bahasa asing ni boleh membuka peluang profesion untuk kita pada masa depan pula," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain