suria

Dah 3 tahun meninggal, suami setiap hari ziarah pusara isterinya, beri ‘makanan’ 3 kali sehari untuk balas jasa

Pok Pin kelihatan sedang menziarahi pusara arwah isterinya yang meninggal tiga tahun lalu.

"MEMILIH pasangan itu tidak hanya tentang cinta, tapi juga tentang siapa yang akan menemani ibadahmu hingga menutup mata."

Demikian komen seorang netizen berhubung kisah tular seorang lelaki warga emas yang setia menziarahi pusara arwah isterinya sejak tiga tahun lalu.

Menerusi perkongsian Amir Muhammad Aizat Mohamad Nor, 21, dia kerap terserempak dengan warga emas yang mesra disapa Pok Pin itu di Tanah Perkuburan Kampung Apam, Pasir Mas, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ziarah pusara suami, isteri tergamam anak tanya soalan ‘ikhlas dari hati’... jawab sambil menangis undang sebak

ARTIKEL BERKAITAN: “Pernah saya lawat pukul 2 pagi” - Kenal di Makkah, sempat tunai umrah sekali lagi selepas kahwin... lelaki ini tak pernah ‘missed’ ziarah kubur isterinya

Mesra disapa Amir, dia juga sering ke lokasi itu untuk menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 9 Februari lalu.

"Masa saya nak balik dari kubur, kebetulan Pok Pin ada. Jadi saya tegur dan bersalam dengannya. Dalam 15 ke 20 minit berborak, dia buka kisah arwah isterinya.

"Pok Pin kata dia datang ke kubur tiga kali sehari... pagi, petang dan malam. Dia kata, kalau dulu isteri sediakan makanan, sekarang tugas dia pula untuk sediakan 'makanan' buat arwah... tapi bukan nasi.

Amir sempat meluangkan masa berborak Pok Pin.

"Pok Pin datang sedekahkan bacaan Yassin dan tahlil untuk isterinya. Terus saya terpaku dengan ayat Pok Pin," ujar Amir kepada mStar.

Menurut Amir, dia cukup tersentuh dengan kisah Pok Pin yang digambarkan berusia 70-an itu, ditambah pula dia baru sahaja kehilangan ayah tercinta baru-baru ini.

Malah katanya, Pok Pin tidak pernah ketinggalan datang ke kubur kecuali sewaktu dia uzur dan pergi ke tanah suci Makkah sahaja.

Saya pun tak tahu mampu ke tidak buat perkara sama macam Pok Pin. Sungguh mulianya cinta Pok Pin terhadap arwah isterinya.

AMIR MUHAMMAD AIZAT MOHAMAD NOR

GRADUAN UNISZA

"Saya baru kehilangan ayah. Bila tengok cara dia macam tu, terus teringat kat arwah ayah.

"Dulu selalu datang kubur dengan arwah ayah, ziarah kubur arwah atuk. Memang saya rasa sebak.

"Saya pun tak tahu mampu ke tidak buat perkara sama macam Pok Pin. Sungguh mulianya cinta Pok Pin terhadap arwah isterinya," kata Amir.

Tambah Amir, dia tidak menyangka perkongsian kisah di Twitter itu akan menjadi tular sehingga menerima lebih 16,600 ulang kicau (Retweet).

Pusara bapa Amir yang meninggal dunia Februari lalu.

Malah, kisah itu turut dihujani dengan komen netizen yang turut menzahirkan rasa sedih mereka.

"Pernah kenal satu kenalan kisah dia macam ni juga. Arwah isterinya pergi dulu. Selama arwah tak ada, arwah suaminya selalu ziarah. Selang dua tahun suaminya pula meninggal.

"Cinta sejati masih wujud rupanya, tetiba ada empangan pecah lalu kat pipi.

"Semoga dia dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Pok Pin, pusara, kubur, ziarah, sedekah

Artikel Lain