suria

“Bulan lepas ada minta kerja dengan orang kaya...” - Impian jadi atlet musnah selepas kaki dipotong, bekas pesakit kanser tunggu panggilan kerja pemandu

Afiq meluahkan hasrat untuk bekerja sebagai seorang pemandu.

KEKURANGAN diri bukan penghalang untuk berusaha mencari rezeki buat keluarga.

Demikian semangat seorang pejuang kanser, Muhammad Afiq Mohammad Shukri, 19, yang berminat untuk bekerja sebagai pemandu.

Disahkan menghidap kanser tulang pada usia 13 tahun, dia bagaimanapun bebas daripada penyakit itu lima tahun kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hantar makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hant“Tiga jari dipotong, dibuang separuh” - Tak ada rezeki belayar, graduan Alam kini jual perfume online

Namun sepanjang tempoh itu, aktiviti persekolahannya terjejas teruk malah penyakit itu turut menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong.

Bercerita mengenai minatnya, Afiq mengakui mula belajar memandu pada usia 14 tahun sebagai salah satu cara untuk dia melupakan penyakit yang dihadapi.

Penyakit itu turut menyebabkan impian anak kelahiran Tanjung Tokong, Pulau Pinang ini untuk menjadi atlet terkubur begitu sahaja.

"Masa tingkatan satu saya jadi atlet larian jarak jauh peringkat negeri. Tak lama selepas itu, saya disahkan sakit. Setahun lebih tak pergi sekolah.

Keadaan Afiq sewaktu dia sakit suatu ketika dahulu.

"Masa tingkatan dua, boleh jalan tak sampai setahun lepas tu sakit lagi. Tingkatan tiga sampai tingkatan empat tak pergi sekolah.

"Dulu doktor buang tulang dan masukkan besi dalam kaki, lepas tu ada jangkitan kuman, akhirnya saya buat keputusan untuk potong kaki," ujarnya kepada mStar.

Menurut Afiq, dia mahu menjadi pemandu dan sudah mengambil lesen kenderaan automatik sekitar dua tahun lalu.

Malah, dia juga ada menjalani sesi temuduga baru-baru ini namun tidak dipanggil untuk bekerja sehingga ke hari ini.

"Bila fikir sakit, kita akan sakit. Akan rasa tak boleh hadap. Lebih baik main game, belajar bawa kereta.

Bila jadi macam ni, susah nak dapat kerja. Rasa sedih sebab saya anak sulung.

MUHAMMAD AFIQ MOHAMMAD SHUKRI

BEKAS PESAKIT KANSER

"Masa tingkatan dua saya belajar pandu kereta dengan mak... lupakan kesakitan dengan memandu. Saya ambil lesen automatik, tak ada masalah untuk memandu.

"Bulan lepas ada minta kerja dengan orang kaya di kawasan Tanjung Tokong. Saya try bawa kereta, dia kata akan call, tapi sampai sekarang tak ada.

"Interview kerja lain pun sama. Ada tu dalam seminggu empat kali saya interview, semua tak dapat. Tahun ni je dah 10 interview saya hadir," katanya.

Afiq berkata, sebagai anak sulung dalam empat adik beradik, dia mempunyai keinginan untuk membantu ibu bapanya.

Bagaimanapun dia sudah tidak minat untuk sambung belajar memandangkan persekolahannya telah lama terjejas disebabkan penyakitnya dulu.

"Bila jadi macam ni, susah tak dapat kerja. Rasa sedih sebab saya anak sulung," katanya.

Ibu Afiq bekerja sebagai penjual apam balik manakala bapanya terlibat dalam kerja pemasangan Astro.

Kata Afiq, bapanya, Mohammad Shukri Hanifah, 41, merupakan pekerja pemasangan Astro manakala ibunya, Zulwarni Laili, 39, merupakan peniaga apam balik.

"Saya nak buktikan, kalau orang sempurna fizikal boleh buat... saya pun boleh buat. Kena yakin dengan diri kita, kena berani mencuba. Saya ada tanggungjawab sebagai anak sulung.

"Mak berniaga kadang-kadang laku, kadang-kadang tak laku. Saya pun pernah terfikir kenapa perkara ini terjadi pada saya.

"Tapi saya tak boleh bayangkan kalau adik-adik yang kena macam saya. Saya reda tapi bersemangat nak cari kerja," katanya.

Tambah Afiq, dia mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang sudi mengambilnya bekerja sebagai pemandu.

Dalam pada itu, kisah Afiq menarik perhatian ramai apabila ia dikongsi menerusi Facebook oleh seorang wanita.

Selain menerima lebih 1,000 like, posting itu turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa Afiq.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain