suria

Tuan rumah buat ‘khianat’ jerit ‘anggg’... tetamu lari tak cukup tanah, ajar cara halau pun tak mahu buat - “Dari jauh dah nampak angsa tu bersantai di laman rumah”

Gelagat rakan Najihah yang lari menyelamatkan diri daripada dikejar seekor angsa mencuit hati netizen. Foto: Twitter Najih4a

BAGI sesiapa yang mempunyai pengalaman dikejar haiwan, pasti faham bagaimana takut dan gementarnya perasaan ketika itu.

Tidak kiralah sama ada ia haiwan peliharaan atau sebaliknya, yang pasti apa yang terlintas dalam kepala  pada masa itu tentulah mahu segera menyelamatkan diri.

Begitu juga dengan seorang remaja perempuan ini yang videonya tular di laman sosial gara-gara dikejar angsa!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kejar saya tu, dia nampak saya” - Anjing coklat punya hal, jiran cerita detik cemas budak lelaki bolos tingkap, peluk seat kereta!

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Deepavali! 2 beradik nyaris nahas lembu brek mengejut – “Kepala anak lembu betul-betul dekat tayar motosikal, kakak pun cuak”

Video detik cemas yang dimuatnaik oleh pelayar Twitter, Najih4h itu jelas menunjukkan wajah remaja perempuan itu yang ketakutan sambil berlari laju menuju pintu rumah untuk menyelamatkan diri daripada dikejar seekor angsa.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelayar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Najihah berkata, kejadian berlaku minggu lalu sewaktu dia bersama dua rakan yang lain bertandang ke rumah seorang lagi rakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama.

Video yang dimuat naik Najihah menjadi tular kerana mencuit hati netizen. 

“Ketika itu kami baru sahaja menghampiri perkarangan rumah seorang rakan dengan menaiki motosikal, yang mana saya menunggang dan rakan saya yang bernama Iylia pula membonceng.

“Dari jauh dah nampak angsa peliharaan ibu bapa kepada rakan kami itu ‘bersantai’ di halaman rumahnya. Rakan saya, Iylia sememangnya takut tambah-tambah lagi dia kena buka pintu pagar hadapan untuk kami masuk ke halaman rumah rakan lagi seorang.

“Ketika itulah, dua lagi rakan termasuk tuan rumah iaitu Adlena dan Hanee, sepakat menyakat Iylia. Mereka sengaja menjerit ‘angggg’ supaya angsa tersebut mengejarnya. Memang bertempiaran dia lari menyelamatkan diri kerana bimbang disondol angsa tersebut,” ujar gadis berusia 19 tahun ini.

Rupa-rupanya, ada cara untuk menghalau dan menakutkan angsa iaitu dengan mengangkat tangan seolah-olah mahu memukulnya. Tapi itupun kalau beranilah.

NAJIHAH

PELAJAR

Bercerita lebih lanjut, Najihah berkata ketika itu mereka berempat yang juga calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengulangkaji di rumah Hanee memandangkan ibu bapanya tiada di rumah.

Menurut Najihah, insiden dikejar angsa itu turut dialami oleh seorang lagi rakannya, Adleena yang terlebih dahulu tiba dengan menaiki kereta.

“Nasib Adleena lebih teruk kerana dua tiga kali dia berlari keliling kereta gara-gara dikejar angsa. Tapi salah dia juga sebab sengaja menjerit ‘anggg’ untuk menarik perhatian angsa tersebut. Memang dia sengaja mengundang padah.

“Tapi insiden itu tak sempat dirakam oleh tuan rumah. Jadi ketika saya dan Iylia tiba dengan motor, mereka sudah siap sedia dengan telefon bimbit untuk merakam tambah-tambah lagi apabila tahu kami takutkan angsa,” ujarnya sambil tergelak kecil.

Najihah (kanan) bersama tiga rakannya Hanee (kiri), Iylia (tengah) dan Adlena (depan).

Tambah Najihah, insiden lucu berterusan ketika mereka selesai mengulangkaji pelajaran dan mahu pulang.

“Masa nak balik, tuan rumah iaitu Hanee dah halau angsa siap-siap ke belakang rumah. Memang takut-takut kami mahu keluar bimbang angsa tiba-tiba muncul.

“Rupa-rupanya, da acara untuk menghalau dan menakutkan angsa iaitu dengan mengangkat tangan seolah-olah mahu memukulnya. Tapi itupun kalau beranilah,” ujarnya lagi.

Video tersebut sehingga kini meraih sehingga 13,000 retweet dan 15,100 likes.

Ia juga mengundang komen lucu netizen yang terhibur dengan gelagat remaja perempuan berkenaan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah dikejar angsa dan haiwan lain.  

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
angsa, kejar, haiwan, halau, ulang kaji

Artikel Lain