suria

Kantoi dengan bos! Telefon pekerja berkecai gara-gara sibuk main TikTok, selfie masa kerja - “Majikan pun salah, nak marah tu marah jelah”

Telefon bimbit milik gadis tersebut dihempas majikannya sehingga jatuh berkecai di atas lantai.

SEJAK kebelakangan ini aplikasi TikTok semakin popular dalam kalangan pengguna dari seluruh dunia termasuklah di negara ini.

Saban hari ada sahaja video pelbagai ragam yang dikongsi oleh penggunanya sehingga banyak juga yang menjadi tular di media sosial.

Namun gara-gara aplikasi ini seorang majikan dikatakan 'naik angin' dengan salah seorang pekerjanya yang sibuk bermain TikTok dan berselfie ketika bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN:Rancak main TikTok pekerja Pos Laju kena ‘serang’ - “Saya bukan penyebab barang anda lambat sampai”

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, 'kaki' TikTok sila ambil perhatian!

Menerusi satu video berdurasi 44 saat yang tular di Twitter, majikan wanita itu dilihat memarahi seorang gadis sambil menghentak-hentak meja.

"Saya dah berada di sini hampir 15 minit depan kamu tau... kamu tahu ke tidak? 

"Patutlah staf-staf lain mengadu dekat saya kamu asyik berselfie, berTikTok... tok... tok. Macam-macam lagi dengan telefon.

Majikan itu dilihat memarahi pekerjanya sambil menghentak-hentak meja.

"Ini tengah kerja kan... tengah kerja. Ini yang saya tak suka kalau di dalam pejabat macam ni," katanya.

Dalam video itu juga, majikan tersebut meminta pekerjanya itu untuk menyerahkan telefon bimbitnya.

"Bak sini telefon tu. Saya nak telefon kamu tu sekarang. Bak sini," katanya.

Namun gadis itu dilihat berat hati sebelum menyerahkan telefon bimbitnya itu.

Main TikTok time kerja salah. Campak hak personal orang pun salah. Kalau phone office bagi lain cerita.

AMRI

"Kenapa nak ambil telefon saya puan? Saya kata bak sini, bak sini lah. Bak sini," kata majikan itu.

Tidak lama kemudian majikan itu dilihat mencampakkan telefon bimbit gadis tersebut ke atas lantai sehingga jatuh berkecai.

Gadis itu didengar berkata:" Astaghfirullahalazim..." sebelum mengutip telefon bimbitnya yang pecah di atas lantai.

Gadis tersebut dilihat mengutip telefon bimbitnya yang jatuh berkecai di atas lantai.

Di akhir video itu kedengaran suara panik perakam video yang merakamkan insiden itu di sebalik mesin fotostat dalam sebuah pejabat.

Video tersebut mendapat lebih 300,000 tontonan di platform media sosial itu.

Rata-rata menyifatkan kedua-dua pihak ada silap masing-masing.

"Staf tu salah sebab main phone siap TikTok selfie bagai lama betul tu. Waktu rehat tak pelah juga. Ni waktu bekerja kena respect sebab kita dibayar gaji. Majikan tu pun salah, tahu marah, nak marah tu marah jelah. Tak perlu campak phone staf tu walaupun geram sangat," kata Jaja.

"Kenapa bos tu macam g******? Kau boleh je tegur dia elok-elok or bagi surat amaran. Tak perlu campak phone. Dia beli pakai duit," kata Zafirah.

"Main TikTok waktu bekerja memanglah nampak tak profesional. Kau sebagai bos ada guideline yang betul untuk ambil tindakan. Sebagai contoh misconduct letter atau warning letter. Tak perlu campak phone pekerja. Takkan dah jadi bos, itu pun nak kena ajar?" kata John.

"Main TikTok time kerja salah. Campak hak personal orang pun salah. Kalau phone office bagi lain cerita," kata Amri.

Setakat ini, lokasi kejadian tidak diketahui.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain