suria

Perit! Terpaksa putus kerana wajah tak muncul dalam solat Istikharah - “Jumpa mak ayah tak menjanjikan apa-apa”

Salah satu perkongsian yang mendapat perhatian di Twitter. Kredit foto: www.islamituindah.my.

"KU sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari."

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan betapa hancurnya perasaan gadis ini apabila hubungan cintanya terkubur separuh jalan.

Menurut gadis itu, teman lelakinya bertindak memutuskan hubungan mereka biarpun sudah dibawa berjumpa keluarga dan mendapat restu kedua orang tua.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas teman wanita berubah hati lepas kenali cef IG, jejaka frust akui dah beli 12 dulang hantaran... "Saya jaga dia macam bini"

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku dah putus” - Berderai air mata jantan saat peluk rakan karib, live IG bakar gambar ex curang bukti masih ada lelaki setia dalam percintaan

Perkongsian itu turut disertakan dengan paparan skrin mesej WhatsApp lelaki itu yang dihantar kepadanya.

"Maaf aku dah tak boleh teruskan semua ni, tak niat nak gantung macam ni tapi aku sendiri dah tak boleh pergi.

"Bukan salah kau tapi salah aku semua benda ni jadi," tulis lelaki itu.

Antara komen netizen yang berkongsi pengalaman sama.

Perkongsian berkenaan ternyata mengundang simpati ramai sehingga ia menerima lebih 8,900 ulang kicau (Retweet).

Tambah gadis itu, sebelum putus hubungan, dia dan bekas teman lelakinya juga sudah berbincang mengenai pelbagai perkara termasuklah urusan perkahwinan.

Lebih pilu, ibunya juga tiada halangan untuk bermenantukan lelaki berkenaan.

Pernah ada dalam situasi ni. Sakit sangat weh. Siap dah bagitahu saudara mara nak tunang bulan 11. Lagi beberapa hari nak raya dia tinggal aku.

PELAYAR TWITTER

Di ruangan komen, netizen turut menghujani posting itu dengan kisah dan pengalaman masing-masing yang pernah berhadapan situasi sama.

Selain tumpang simpati, pelayar Twitter turut memberi nasihat kepada gadis itu agar dia terus tabah menghadapi hari mendatang.

"Stay strong my dear. Saya, lagi dua minggu nak bertunang dia boleh cancel macam tu je. Bercinta bertahun-tahun, alasan macam ni la... dan alasan Istikharah tak nampak saya. Rupanya ada spare part dah.

"Jumpa mak ayah tak menjanjikan apa-apa. Sebab pilihan dekat tangan pasangan sama ada nak bersama atau tinggalkan. Tiada apa boleh jadi penghalang.

Perkongsian ini menjadi tular di Twitter.

"Pernah ada dalam situasi ni. Sakit sangat weh. Siap dah bagitahu saudara mara nak tunang bulan 11. Lagi beberapa hari nak raya dia tinggal aku.

"Aku pun hadap benda yang sama. Ingat satu je, tuhan nak selamatkan kau dari hubungan yang salah. Positif. Ikhlaskan hati lepaskan semuanya, InsyaAllah you'll be OK," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut mengakui risau jika mereka akan melalui hal sama suatu hari nanti.

Malah, ia menyebabkan mereka sedikit fobia untuk mengenali seseorang dengan rapat, bimbang hubungan berakhir separuh jalan sebagaimana kisah tular itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
putus cinta, restu keluarga, tunang

Artikel Lain