suria

Nyaris maut! Terselit lucu dalam situasi cemas pembonceng terjongket ke paras kepala penunggang - “Oh mak kau, mati aku”

Rakaman menunjukkan seorang penunggang motosikal membuat brek kecemasan apabila sebuah kereta putih dari arah bertentangan melanggar lampu isyarat merah. Sumber Twitter rempitlogic

SIKAP segelintir penunggang motosikal yang suka melanggar lampu isyarat merah sering membuatkan pengguna jalan raya lain naik angin.

Jika lampu isyarat merah pun mereka langgar, golongan itu sudah tentunya memecut laju apabila lampu isyarat di persimpangan jalan raya bertukar kuning.

Salah satu sebab utama kemalangan dan kematian adalah disebabkan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang melintasi persimpangan ketika lampu merah.

ARTIKEL BERKAITAN: Main masuk je! Penunggang motosikal hijau terus ‘blah’ selepas mangsa jatuh... tapi pemandu Swift merah wajar dapat pujian!

ARTIKEL BERKAITAN: Cover malu atau melatah? Ramai nak tahu apa motif bro ni bersilat selepas melambung langgar lampu merah

Namun, berbeza pula penunggang motosikal ini yang nyaris maut meskipun setia menunggu sehingga lampu isyarat bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan.

Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya mahu meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat bertukar hijau.

Menerusi rakaman pada papan pemuka (dashboard) sebuah kereta, penunggang motosikal berkenaan dan pemboncengnya yang baru bergerak dari simpang ketika lampu isyarat bertukar hijau hampir dilanggar oleh sebuah kenderaan berwarna putih yang memecut dari arah kanan.

Rakaman berdurasi lapan saat yang dikongsi di laman Twitter @rempitlogic lewat malam Ahad itu menunjukkan bagaimana penunggang motosikal berkenaan sempat menekan brek di bahagian tengah empat simpang untuk mengelak daripada dilanggar kereta putih itu.

Tindakan pantas lelaki itu melakukan brek mengejut itu bagaimanapun membuatkan pemboncengnya terjongket sehingga ke paras kepala penunggang sebelum jatuh.

Pembonceng tercampak sebelum terjatuh selepas penunggang membuat brek kecemasan.

Menerusi rakaman dashboard pada 29 Februari itu turut dapat didengari suara lelaki dan wanita dalam kereta itu, yang melatah selepas menyaksikan kejadian tersebut.

“Oh mak kau,” kata lelaki di dalam kereta berkenaan.

“Oh mak kau, mati aku... dia jatuh sendiri eh,” ujar wanita itu pula. 

Walaupun pemandu kereta putih di dalam rakaman itu disifatkan tidak bertanggungjawab, tetapi tindakan pantas penunggang motosikal berkenaan membuat brek kecemasan mencuri tumpuan.

“Naib baik pakai brembo,” menurut perkongsian yang merujuk kepada pengeluar sistem teknologi brek yang berprestasi tinggi untuk kereta dan motosikal.

Kereta putih yang melanggar lampu isyarat merah terus memecut laju.

Sehingga kini, posting tersebut diulang kicau lebih 6,00 kali dan mendapat tanda suka (like) lebih 3,000 kali.

Begitu juga komen-komen netizen di bebenang, rata-ratanya lebih menumpukan kepada kecekapan penunggang motosikal yang membuat brek kecemasan.

“Terjongket member tu. Aduhai nasib baik sempat brek,” tulis seorang netizen.

Terjongket member tu. Aduhai nasib baik sempat brek

NETIZEN

“Kasihan member belakang tu,” ujar seorang netizen yang bersimpati.

“Pakai brembo sampai ‘terciduk’ member belakang. Tapi Alhamdulillah tak jadi apa-apa,” komen yang lain.

Antara komen netizen di bebenang.

Pada masa sama, suara melatah pemandu lelaki dan penumpang wanita di dalam rakaman turut mengundang lucu netizen.

“Oh mak kau meletop wei,” kata seorang netizen secara berseloroh.

“Oh mak kau mati aku,” komen di bebenang yang mengulangi latah yang kedengaran dalam rakaman.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lampu isyarat, brek, brembo, melatah

Artikel Lain