SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa memperdaya dan merogol seorang wanita yang dikenalinya menerusi sebuah laman web mencari jodoh.Suspek juga didakwa melarikan wang mangsa yang bernilai hampir Rs1.48 juta (kira-kira RM61,781). Kejadian dilaporkan berlaku di India.Suspek yang dikenali sebagai Raghavendra Kishor Awasthi, 36, didakwa menjalinkan hubungan dengan wanita berusia 31 tahun itu dengan menjanjikan perkahwinan sebelum mengambil kesempatan terhadap mangsa.Menurut laporan polis, suspek memperkenalkan dirinya sebagai seorang duda dan mendakwaisterinya telah meninggal dunia bagi meyakinkan mangsa.Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya mendapati dakwaan tersebut tidak benar apabila isteri pertama suspek sebenarnya masih hidup.Mangsa turut mendakwa suspek beberapa kali meminta wang daripadanya dengan alasan memerlukan modal untuk membuka sebuah pusat kecergasan atau gimnasium.Percaya dengan janji perkahwinandiberikan, wanita berkenaan menyerahkan wang kepada suspek dalam beberapa transaksi berasingan sehingga mengalami kerugian berjumlah Rs1.48 juta.Lebih mengejutkan, mangsa mendakwa dirinya bukan sahaja ditipu malah turut menjadi mangsa serangan seksual sepanjang hubungan tersebut.Dia juga mendakwa mengalami penderaan fizikal dan tekanan emosi akibat layanan yang diterima daripada suspek.Dalam laporannya, wanita itu turut menuduh beberapa ahli keluarga suspek terlibat dan bersubahat dalam skim penipuan tersebut.Susulan aduan yang dibuat, polis menahan suspek bagi membantu siasatan, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan individu lain dalam kes berkenaan. -Agensi