“Pernah saya lawat pukul 2 pagi” - Kenal di Makkah, sempat tunai umrah sekali lagi selepas kahwin... lelaki ini tak pernah ‘missed’ ziarah kubur isterinya

Azwan mengakui menziarahi pusara arwah isterinya hampir setiap hari jika berkelapangan.

MULA berkenalan di Tanah Suci Makkah pada tahun 2011, pasangan ini akhirnya menamatkan zaman bujang mereka pada 18 Jun 2018.

Namun benarlah kata orang, ajal maut, jodoh pertemuan itu, semuanya di tangan tuhan.

Pada Ogos lalu, Khairul Azwan Razali diduga dengan kematian isterinya, Nur Syamimi Alia Mazlan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa dia boleh sembuh…” - Suami terkilan baju raya ditempah untuk isteri hanya tinggal kenangan

ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta 9 tahun, isteri meninggal selepas 3 bulan kahwin, 4 hari sebelum honeymoon ke Maldives, “Tiada pesanan terakhir cuma ucapan...”

Masing-masing berusia 24 tahun, jejaka yang mesra disapa Azwan itu mendedahkan isterinya sudah menderita sakit kanser sejak tahun 2016.

"Masa tahun 2016, dia mengadu sakit. Setiap kali pergi jumpa doktor, kata gastrik. Lepas jumpa dengan pakar, baru tahu ada kanser.

"Kami tetap kahwin pada 2018 tapi dia meninggal dunia pada 13 Ogos lepas.

Antara perkongsian azwan mengenai arwah isterinya di Twitter.

"Rasa memang sedih tapi saya terima takdir Allah. Saya positif sahaja. Kita yang hidup inilah kena bantu dia, doa untuk dia," ujarnya kepada mStar.

Bercerita mengenai perkenalan mereka pada 2011, Azwan berkata, dia dan arwah isterinya berada dalam satu kumpulan sama sewaktu menunaikan umrah.

Mereka bagaimanapun mula rapat sekitar tahun 2016, sewaktu sama-sama berada di Kuala Lumpur.

Memang setiap hari saya melawat kubur arwah, ada kalanya dua kali sehari. Kalau habis kerja malam, saya juga akan pergi. Pernah tu saya pergi melawat pukul 2 pagi.

KHAIRUL AZWAN RAZALI

"Masa 2016, saya datang intern di KL. Dia masa tu memang belajar sana. Jadi saya banyak tanya dia selok-belok KL. Sejak tu kami mula rapat.

"Alhamdulillah, bulan Mac hari tu kami sekali lagi ke Makkah. Pergi dengan keluarga saya.

"Kami sebenarnya rancang nak pergi Makkah lagi pada tahun 2020 dengan keluarga dia, tapi tak kesampaian," ujar Azwan.

Pasangan ini berkahwin pada 18 Jun 2018.

Tambahnya lagi, bagai menjadi rutin harian untuk dia menziarahi pusara isterinya yang disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu.

Biarpun kadang-kala habis bekerja pada larut malam, Azwan tetap akan menziarahi pusara isterinya itu.

"Saya menetap di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Arwah dikebumikan di Bukit Tunggal, dekat dengan keluarga dia.

Foto kenangan sewaktu berada di Makkah pada Mac lalu.

"Memang setiap hari saya melawat kubur arwah, ada kalanya dua kali sehari. Kalau habis kerja malam, saya juga akan pergi. Pernah tu saya pergi melawat pukul 2 pagi.

"Paling lama tak pergi pun dalam dua hari je. Biasanya saya akan pergi selepas solat Subuh dan selepas habis kerja. Keluarga dia pun selalu juga ke kubur arwah," ujarnya lagi.

Azwan merupakan pengusaha kedai runcit dan menjalankan perniagaan roti John.

Posting tular Azwan di Twitter yang menyentuh hati netizen.

Pada masa sama, dia turut melakukan kerja-kerja melibatkan elektrik dan pendingin hawa di Terengganu.

Kata Azwan lagi, dia kadang-kala terbayang akan arwah isterinya setiap kali pulang ke rumah.

"Balik rumah, terbayang-bayang wajah isteri, suara dia. Sebab tu kadang-kadang keluarga tak bagi saya balik rumah sangat.

Kata Azwan, isterinya merupakan seorang yang cukup merendah diri sejak awal perkenalan mereka.

"Hubungan saya dengan keluarga mentua juga masih berkekalan. Saya selalu juga tidur di rumah mereka.

"Satu saya suka mengenai isteri saya, walaupun dia anak peguam, tapi dia sangat merendah diri. Begitu juga keluarganya.

"Dia banyak bantu saya, ada dengan saya masa jatuh bangun dari dulu sampai sekarang. Keluarga dia juga banyak bantu saya bangunkan perniagaan," kata Azwan lagi.

Dalam pada itu, perkongsian Azwan mengenai kehilangan isterinya di laman Twitter turut menjadi tular.

Ia sehingga kini menerima lebih 16,000 ulang kicau (Retweet) di laman sosial itu.

 

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain