Kereta remuk! Pasangan lega anak selamat, siap ketawa lagi - “Lebih baik beli car seat daripada lipstik, bedak”

Wanita bernama Afiqa berkongsi pengalaman ditimpa kemalangan di mana anak lelakinya tidak mengalami kecederaan ekoran ditempatkan di dalam kerusi keselamatan bayi.

TIDAK dinafikan, tahap kesedaran ibu bapa di Malaysia mengenai kepentingan pemasangan kerusi keselamatan bayi (baby car seat) di dalam kenderaan adalah sangat rendah.

Rata-ratanya lebih gemar memangku anak di ribaan ketika berada di dalam kereta tanpa menyedari perbuatan berkenaan sememangnya mengundang risiko yang tinggi kepada nyawa bayi.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman terlibat dengan kemalangan jalan raya, dan menurut wanita ini, anak kecilnya terselamat disebabkan ditempatkan di dalam kerusi keselamatan bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa sakit sangat...” - Wanita ini terima ‘hadiah’ duka pada hari jadi, sempat atur photoshoot anak sebelum ajal 

ARTIKEL BERKAITAN: Keriangan bertukar tragedi, dahi anak terbelah dihempap besi rosak di taman permainan- “Mama akan lawan kes ini” 

Menerusi posting di Facebook, wanita yang menggunakan akaun Afiqa Fiqa itu berkata, anak kecilnya tidak mengalami sebarang kecederaan, sebaliknya hanya dia dan suami yang mengalami luka akibat impak kemalangan tersebut.

“Saya baru sahaja lepas accident, kereta berpusing, tayar tercabut, depan kereta remuk. Saya koyak bibir dan kaki. Suami dada sakit, bengkak kerana kena airbag.

“Dan Ahamdulillah anak saya selamat kerana duduk dalam car seat. Sewaktu kereta berpusing saya sempat berpusing lihat anak dalam car seat memang dia duduk dengan baik, tak bergerak, cuma dia macam terpusing-pusing kepala seperti hairan,” tulis wanita itu.

Posting wanita bernama Afiqa yang menceritakan mengenai kemalangan yang menimpanya barau-baru ini.

Kata wanita berkenaan lagi, anaknya malah berkelakuan seperti biasa tiada apa-apa yang berlaku.

“Anak saya langsung tak mengalami apa-apa kecederaan. Lepas keluar boleh lagi ketawa-ketawa, main-main. Alhamdulillah ya Allah yang penting anak selamat,” ujarnya.

Wanita itu turut memuat naik beberapa gambar keadaan kereta mereka yang terlibat dengan kemalangan tersebut, selain gambarnya yang mengalami luka ringan pada bahagian wajah.

“Ibu bapa usahakanlah car seat untuk anak. Saya tak dapat bayangkan kalau saya pangku anak di bahagian depan. Nauzubillahminzalik,” tulisnya lagi.

Anak kecil Afiqa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana ditempatkan di dalam kerusi keselamatan bayi.

Perkongsian wanita itu yang disiarkan sebuah halaman Facebook menjadi tular, dengan rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai.

Malahan ramai menyokong tindakan wanita berkenaan yang mengambil langkah keselamatan dengan memasang kerusi keselamatan bayi.

“Betul..car seat sangat-sangat penting. Ramai merungut bila kerajaan suruh beli dan pakai. Bila dah terjadi sesuatu menyesal tidak berguna. Lebih baik beli carseat daripada beli lipstik, bedak dan benda lain yang kurang penting. Apa pun Alhamdulillah baby comel ni selamat,” tulis seorang pelayar.

Car seat dan seat belt depan atau belakang penumpang memang wajib dipakai. Begitu juga dengan topi keledar untuk semua penunggang motosikal demi keselamatan pemandu dan penumpang,” tulis seorang lagi pelayar.

Reaksi pelbagai daripada netizen terhadap perkongsian Afiqa.

Namun tidak kurang juga ada segelintir yang menjadikan alasan bilangan anak yang ramai menyukarkan mereka untuk memasang kerusi keselamatan bayi.

Malah ada juga yang membangkitkan harga kerusi keselamatan bayi yang mahal menyebabkan tidak semua ibu bapa mampu untuk memilikinya.

“Nak sembang fikir dulu yang paling utama, yang tak mampu? Yang ada anak tiga, empat orang? Kecil-kecil? Tangani dulu penyebab kemalangan,” tulis seorang pelayar.

“Takat anak seorang sampai tiga tak apalah..ni anak empat aku nak letak celah mana carseat keempat? Dah tu aku nak duduk celah mana pulak, dah lah naik wira saja,” komen pelayar lain.

Artikel Lain