suria

“Ibu dah makan segala macam garam” - Bekas pengkid lalui banyak perubahan susulan kes viral tahun lalu, kini dikurniakan bayi lelaki

Foto perubahan Atyn dari tahun 2009 sehingga yang terbaharu dan melahirkan anak pada November lalu.

DULU menyerupai lelaki, kini ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Demikian kata Atyn Junaidi, yang pernah menjadi pengkid sejak zaman sekolah lagi.

Jika diimbas, kisah wanita berusia 27 tahun pernah tular pada tahun lalu yang mana ia turut mendapat liputan mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal jadi pengkid dulu, buang masa…” - Pengakuan jujur ‘tomboi jelita’

ARTIKEL BERKAITAN: Hang nak jadi pengkid, teruskan..." - Tomboi jelita mohon maaf dituduh menyinggung pengkid lain

Pada waktu itu, Atyn mengambil keputusan untuk berubah kepada penampilan feminim dan menamatkan zaman bujangnya dengan Rudy Iskandar, 30, pada Ogos 2018.

Berkongsi berita gembira itu, Atyn mendedahkan dia dikurniakan seorang bayi lelaki pada 19 Novermber lalu.

"Ia satu pengalaman baharu. Sepuluh tahun lalu saya sendiri tak sangka akan kahwin dan ada anak sendiri.

Foto transformasi Atyn yang tular pada 2018.

"Dulu ingat kahwin umur 30 ke atas, tapi sebelum 30 dah kahwin, dah ada anak sendiri.

"Alhamdulillah, baby lahir dengan selamat. Terlampau banyak perubahan lepas kes viral saya pada 2018," ujarnya.

Menurut Atyn, kehadiran bayi itu dianggap sebagai pengganti kepada kehilangan bapanya yang meninggal dunia pada hujung tahun lalu.

Pesanan untuk budak-budak yang masih dalam era tu, nanti few years later mereka sendiri akan rasa malu dengan apa yang mereka buat.

ATYN JUNAIDI

BEKAS PENGKID

Malah, dia juga beranggapan segala pengalaman lampau yang pernah dilalui pasti berguna untuk mendidik dan membesarkan anaknya.

"Bila dah jadi ibu ni, kenang balik waktu dulu-dulu rasa malu pula. Tapi tu la, semua tu pengalaman kan. At least bila anak dah besar, boleh la cakap ibu dah makan segala garam dah.

"Arwah abah meninggal hujung 2018. Lepas tu dapat tahu pregnant awal tahun ini. Tuhan tarik orang yang saya sayang, lepas tu dihadiahkan orang baru dalam hidup saya.

Suami Atyn bersama cahaya mata mereka yang dilahirkan pada November lalu.

"Saya harap dengan kehadiran anak ni dapat memeriahkan balik keluarga kecil saya," ujarnya lagi.

Kata Aytn lagi, dia sendiri banyak belajar daripada pengalaman hidup khususnya sewaktu menjadi pengkid suatu ketika dahulu.

Namun kata Atyn, mana-mana individu yang berada dalam kepompong sama pastinya akan menyesali perkara itu suatu masa nanti.

Atyn dan Rudy disatukan pada Ogos tahun lalu.

"Pada saya, lagi banyak pengalaman hidup lagi banyak ia mengajar kita. Pesanan untuk budak-budak yang masih dalam era tu, nanti few years later mereka sendiri akan rasa malu dengan apa yang mereka buat.

"Tapi tu la, biar pengalaman sendiri yang ajar. Selagi diri sendiri tak rasa, dia tak tahu. Apa-apa pun, ambil yang positif, yang negatif tinggalkan," katanya lagi.

Menerusi temubual terdahulu, Atyn mendedahkan dia menjadi tomboi pada usia 15 tahun dan berubah menjadi pengkid sehingga menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain