suria

Ziarah pusara suami, isteri tergamam anak tanya soalan ‘ikhlas dari hati’... jawab sambil menangis undang sebak

Perkongsian Anne mengenai anak saudaranya menjadi tular di laman Twitter.

UMI nangis ke?"

Demikian soal seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kepada ibunya, Siti Sukainah Rahim sejurus dia melawat kubur arwah bapanya pada Rabu lalu di Sendayan, Negeri Sembilan.

Video melibatkan kanak-kanak comel, Adlina Marie Adli Soul itu kemudiannya dikongsi menerusi Twitter oleh ibu saudaranya, Nadia Anne Mokhtar, 24, sebelum menjadi tular dan mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pernah saya lawat pukul 2 pagi” - Kenal di Makkah, sempat tunai umrah sekali lagi selepas kahwin... lelaki ini tak pernah ‘missed’ ziarah kubur isterinya

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sebak lihat keriangan anak kecil ini main pasir kubur ibu bapanya... enggan pulang - “Belum sempat apa-apa, Arfan terus panggil bu bu bu”

Menurut Anne, Adlina merupakan satu-satunya anak kepada arwah abangnya, Adli Soul Mokhtar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2017.

"Masa abang saya meninggal, Adlina baru umur dua tahun. Jadi pada hari Rabu lepas mereka sekali lagi ke kubur.

"Kakak ipar saya hantar video tu kepada kami. Masa tu saya tengah drive, mak saya yang buka video tu.

Perkongsian Anne di Twitter.

"Kami berdua pun menangis juga. Saya pun rapat dengan Adlina. Setiap kali hujung minggu dia datang tidur di rumah atuk dan neneknya," ujar Anne kepada mStar.

Menurut Anne lagi, Adlina merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan menyenangkan.

Malah katanya, sikap kanak-kanak itu juga saling tak tumpah seperti arwah bapanya.

Susah masa tu, dia rapat dengan ayah dia. Kalau nangis je mesti cara ayah dia. Lama-lama baru dia faham.

ANNE MOKHTAR

IBU SAUDARA

"Dia ceria, kelakar. Macam perangai arwah ayah dia, suka buat benda pelik-pelik.

"Suka menyanyi, suka menari. Kalau kat rumah, dia selalu ajak saya menari, main mekap," katanya lagi

Mengimbas semula situasi sekitar tahun 2017, Anne menganggap ia satu fasa yang sukar buat mereka sekeluarga.

Adlina bersama arwah bapa dan ibunya.

Ujarnya, mereka sering berendam air mata, tambah-tambah lagi Adlina masih lagi kecil dan tidak mengerti kematian bapanya pada waktu itu.

"Susah masa tu, dia rapat dengan ayah dia. Kalau nangis je mesti cara ayah dia.

"Lama-lama baru dia faham. Dia tahu ayah dah tak ada, tapi kadang-kadang dia tanya juga," katanya lagi.

Anne bersama Adlina.

Dalam pada itu, video yang memaparkan celoteh Adlina sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan di Twitter.

Dalam video sama, dia turut bertanya kenapa bapanya tidak keluar sewaktu dia menziarahi kubur, sekali gus mengundang rasa simpati netizen.

"Tapi ayah tak keluar pun?" soal Adlina kepada ibunya.

Posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen yang mana rata-ratanya menyuarakan rasa simpati ke atas nasib kanak-kanak itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ziarah, kubur, Adlina, sebak

Artikel Lain