suria

“Nak buang pun agak-agaklah”- Pemuda bengang! Kucing baru beranak diikat dalam guni sebelum dicampak dalam tong sampah

Beberapa ekor kucing yang ditemui dalam guni.

DALAM bulan Ramadan yang mulia ini, masih ada yang bersikap kejam dan sanggup menganiayai haiwan.

Menerusi perkongsian oleh Mohd Yani di Facebook, dia ternyata berang apabila menemui beberapa ekor anak kucing yang diikat dalam guni sebelum dibuang ke dalam sebuah tong sampah besar.

"Minta perhatian sikit ya. Kalau ya pun nak buang kucing, agak-agaklah. Tak suka kucing, janganlah buang dalam tong sampah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga menggigil, kucing kesayangan sarat mengandung hilang 4 kaki... bangkai Cantik diletak dalam kotak

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak jadi ganas macam negara luar?” - Ramai marah kucing dibakar sesuka hati

"Dah la buang dalam tong sampah, ikat ketat pula (guni). Kesian kucing buat macam tu. Ada otak jangan letak di lutut. Guna otak sikit kalau nak buang pun," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Mohd Yani, dia tidak tahu berapa lama haiwan berkenaan sudah dicampakkan dalam tong sampah.

Namun katanya, kucing-kucing itu kelihatan lemas dan tidak bermaya selepas diselamatkannya.

Menurut Mohd Yani, kucing-kucing itu diikat dalam guni sebelum dibuang dalam sebuah tong sampah besar.

"Tak tahu dah berapa lama dia buang sampai basah habis anak kucing bersama dengan ibu kucing.

"Bawa balik rumah, anak kucing dah tak bermaya. Kucing baru beranak.

"Jangan buang dalam tong sampah, buang kat tempat lain tak apa. Ni nampak sangat tak nak bagi orang tahu dia buang kucing.

Kucing pun makhluk tuhan juga. Mereka pun nak hidup.

MOHD YANI

"Mujur saya pergi buang sampah tadi. Kalau tak mampus habis kucing tu. Tuhan beri akal, gunalah. Ni langsung tak ada hati perut," luahnya lagi.

Kata Mohd Yani lagi, pelaku harus beringat bahawa setiap perbuatan itu ada balasannya.

"Kepada tukang buang kucing tu, ingat baik-baik nanti ada balasan untuk kamu.

"Kucing pun makhluk tuhan juga. Mereka pun nak hidup. Hari ni buang kucing, esok anak kamu pula buang kamu," ujarnya lagi.

Kucing-kucing itu berjaya diselamatkan, namun berada dalam keadaan lemas dan tidak bermaya.

Dedah Mohd Yani, kejadian itu berlaku di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu.

Perkongsiannya di Facebook Kijal Sejahtera itu turut meraih perhatian ramai.

Rata-rata pelayar Facebook meluahkan rasa marah atas tindakan pelaku yang disifatkan kejam dan tidak bertanggungjawab.

Dalam posting sama, Mohd Yani turut berkongsi beberapa foto anak kucing itu sehingga ia mengundang sebak netizen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain