suria

Usahawan terkejut berdepan gadis Orang Asli menangis dihadiahkan telekung, rupa-rupanya dalam hatinya terpendam sesuatu

Gadis Orang Asli ini gagal menahan sebak selepas menerima pemberian telekung tempoh hari.

RAKAMAN memaparkan seorang remaja Orang Asli yang menitiskan air mata ketika menerima hadiah sehelai telekung ternyata mengundang sebak netizen.

Azura Anjau dari Kampung Orang Asli Bukit Lagong, Batu Caves, Selangor kelihatan menitiskan air mata kesyukuran tatkala dia menggayakan sepasang telekung berwarna hitam.

Menurut usahawan pakaian muslimah dikenali sebagai Aliza Abu Bakar, dia hadir ke perkampungan itu untuk menyalurkan sumbangan pada 20 April lalu, dengan bantuan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih lihat peniaga basah kuyup tiap petang, jejaka plan kejutan... apa yang dibuatnya bawa duit ‘berkepuk-kepuk’ ke bazar Ramadan?

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam perjalanan hantar order, rider nak menitis air mata baca notifikasi di telefon... terus berhenti tepi - “Sepanjang jalan rasa sejuk je...”

Ujarnya, pengalaman singkat di perkampungan itu ternyata membuka matanya sehingga mengundang rasa sebak dan keinsafan dalam jiwa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau sebelum ni, apa yang saya perhatikan bila saya sedekahkan telekung kepada orang, mereka menerima dengan gembira.

"Tapi kali ini, perasaan tu berbeza. Tangisan yang jujur dari hati. Belum pernah saya melihat ada orang sebak apabila menerima hadiah telekung.

"Biasanya, orang yang dah berumur je yang paling excited dapat telekung. Sedangkan adik Azura ni masih muda remaja

Aliza berkunjung ke sebuah perkampungan Orang Asli pada April lalu.

"Sejujurnya, air mata syukur adik Azura yang sebak menangis membuatkan hati saya tersentuh," ujarnya.

Menurut Aliza lagi, dia sempat berborak ringkas dengan remaja berkenaan dan bertanyakan beberapa soalan kepadanya.

Semoga pahala ini menjadi peneman di alam barzakh.

ALIZA

"Saya tanya kepada dia, kenapa Azura sebak? Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki untuk membelinya.

"Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun dah lusuh. Adik Azura kata lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada mereka berupa keperluan harian.

"Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung," dedahnya lagi.

Video ketika kunjungan itu turut tular di Twiter dan Instagram.

Selain sumbangan telekung, Aliza turut menyumbangkan barangan keperluan dapur seperti beras, susu, minyak masak bekalan air bersih kepada 40 keluarga di sana.

Program Infaq itu turut disertai Ustaz Riduan Zainal Abidin yang menyampaikan tazkirah berjudul “Cahaya Ramadan” kepada penduduk di sana.

"Komuniti ini jarang mendapat perhatian untuk program Infaq di bulan Ramadan. Biasanya progam Infaq ini melibatkan anak-anak yatim, ibu tunggal, rumah orang tua-tua, fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak tahfiz.

"Kesempatan ini, tentunya dengan izin Allah telah menjentik hati saya untuk meninjau kehidupan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Lagong yang majoritinya dalam 75 peratus beragama Islam. Sebahagian kecil saudara baharu Muslim.

"Semoga pahala ini menjadi peneman di alam barzakh, dihitung sebagai amalan yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat," ujar Aliza.

Selain di Twitter, video kunjungan penuh emosi itu turut dikongsi di laman Instagram sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain