suria

Dah sampai airport, sekeluarga terkedu tak dibenar terbang ke Sabah... genap 8 tahun beraya di perantauan - “Sampai tak ingat dah muka sepupu”

Menurut Dayang, hasrat keluarganya untuk pulang ke Sabah tahun lalu musnah gara-gara pandemik yang melanda. (Gambar Hiasan)

APABILA tibanya Hari Raya Aidilfitri, ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung untuk bertemu keluarga tercinta.

Situasi itu bagaimanapun berubah selepas kehadiran pandemik Covid-19 pada tahun lalu, ditambah pula dengan larangan perjalanan merentas negeri.

Namun, lain pula cerita keluarga ini apabila mereka sudah lapan tahun tidak pulang beraya ke Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kecil sampai besar, baju raya satu keluarga wajib ‘sama sebiji’.. semua kena ikut citarasa bos!

Menurut pelajar dikenali sebagai Dayangku Noraleya Farzana Nor Hadiri, 16, dia rindu untuk pulang ke Beaufort, namun masih belum ada rezeki untuk bersatu semula dengan keluarga di sana.

Malah katanya, perancangan pada tahun lalu untuk pulang ke kampung turut musnah apabila mereka sekeluarga tidak dibenarkan terbang gara-gara masalah yang melanda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami sekeluarga menetap di Pasir Gudang, Johor. Emak saya yang berasal dari Sabah. Seingat saya, kami dah lapan tahun tak balik raya.

"Sebab tiket mahal nak ke sana. Tapi tahun lepas, ayah dah dapat cuti, duit pun dah cukup nak balik masa bulan Mac.

Ahli keluarga Dayang.

"Sampai je ke lapangan terbang, dah sampai pintu masuk, orang yang semak tiket kata tak boleh fly pada hari tu. Kami tak dapat info apa-apa pun sebelumnya. Sepatutnya flight kami 6 pagi.

"Mula-mula tukar tiket ke tarikh lain, kemudian dah disambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sampai ke sudah tak balik," ujarnya kepada mStar.

Sekarang saya dah tingkatan empat. Sampai tak ingat dah muka sepupu.

DAYANG

Mesra disapa Dayang, anak sulung daripada empat beradik itu mendedahkan ibunya cukup sedih sehingga menitiskan air mata atas apa yang berlaku itu.

"Perasaan kami sekeluarga masa tu, memang tak sangka akan berlaku sebegitu. Sebab kami dah teruja, dah berapa lama tak balik.

"Mama la yang paling sedih, dia nak jumpa famili dia. Memang mama menangis masa call famili dia untuk maklumkan masa tu.

"Sejujurnya memang harapan saya untuk kembali menetap di Sabah. Senang tak perlu fikir pasal duit tiket nak balik Sabah, tak perlu fikir PKP dan sebagainya," ujarnya lagi.

Dayang sekali-sekala akan berhubung dengan keluarga di sana dengan menggunakan panggilan video. (Gambar Hiasan)

Kata Dayang, perasaan rindu terhadap keluarga di sana cukup membuak-buak, namun mereka hanya berkomunikasi secara maya sahaja.

Malah, dia juga seolah-olah sudah lupa rupa paras kaum keluarga di sana gara-gara sudah lama tidak bersua muka.

"Seingat saya, last balik Sabah masa darjah tiga. Sekarang saya dah tingkatan empat. Sampai tak ingat dah muka sepupu.

"Kadang-kadang kami video call, tapi bukan semua boleh join. Semua dah lain sekarang. Saudara-mara saya memang ramai di Sabah.

"Untuk keluarga di Sabah, jaga diri selalu. Kami tak boleh balik lagi. Harapannya nak cepat-cepat dapat balik ke sana," ujarnya sayu.

Kisah Dayang sekeluarga mendapat perhatian selepas dia berkongsi mengenainya menerusi direct message (DM) di Instagram mStar sebelum dia dihubungi untuk temubual lanjut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain