suria

Sering dihina kerana kaki pendek sebelah sejak lahir... bakal akauntan ini tak nak nampak lemah, malas nak layan 'mulut orang'

Aqqilla mebuat perkongsian video mengenai topik OKU di TikTok.

DILAHIRKAN sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tidak menjadi penghalang untuk gadis ini mengejar impiannya.

Namun kata Noor Aqqilla Hanny Noor Azizi, 23, banyak dugaan yang dihadapi sejak zaman persekolahan termasuklah kata-kata kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

Cerita gadis itu, dia dilahirkan dengan keadaan kaki yang pendek sebelah dan diberikan kad OKU ketika di sekolah menengah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar dapat izin rakam gambar makcik OKU depan bank! Tak besar permintaannya, cukup sekadar tolong ‘cetak satu kertas

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mimpi dapat begini” - Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew

"Saya OKU dari segi fizikal, kaki kiri pendek sebelah sejak bayi lagi. Masa sekolah menengah, tingkatan tiga saya dapat kad OKU.

"Antara kekangan bila dilahirkan begini, nak berlari agak susah sikit. Kalau berjalan tu saya dah terbiasa. Kaki kiri saya juga agak senget ke dalam dan saiznya sedikit kecil," ujarnya.

Mesra disapa Aqqilla, dia mengakui pernah berkecil hati apabila diberi pelbagai gelaran oleh rakan di sekolah.

Namun seiring peningkatan usia, dia sudah tidak kisah akan hal itu, sebaliknya menjadikan kekurangan diri sebagai pembakar semangat untuk lebih maju.

aqqilla2

Aqqilla dilahirkan dengan kekurangan fizikal apabila kaki kirinya lebih pendek berbanding kaki kanan.

"Bila pergi sekolah, ada orang panggil saya cacat. Mereka panggil saya tempang, senget dan macam-macam gelaran.

"Masa saya solat di surau pun ada orang bercakap. Mereka kata si tempang tengah solat sehingga saya tak boleh fokus.

Jadi OKU bukan tak boleh buat apa-apa, macam-macam kita boleh buat sebenarnya.

AQQILLA

"Saya terus berhenti dan balik ke asrama, saya mengadu pada senior yang baik dengan saya. Sentiasa jadi bualan, mana pergi pun saya tak tenang.

"Sekarang, orang nak panggil apa pun, lantaklah. Nak kata tak terasa, memang terasa. Tapi dah tak menangis macam dulu. Malas layan, tak nak nampak lemah," ujarnya.

Imbas Aqqilla, biarpun memiliki kekurangan fizikal, dia tetap aktif di zaman persekolahan dan pernah menyertai pasukan bola jaring sehingga ke peringkat daerah.

aqqilla4

Aqqilla bercita-cita untuk bergelar akauntan suatu hari nanti.

Malah, dia turut menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan aktif dalam aktiviti kawad kaki.

"Saya cuba nasib ketika ada pemilihan di sekolah. Dapat atau tak dapat, lantaklah. Yang penting saya nak cuba.

"Pada pandangan saya, kita memang tak boleh lari bila ada orang nak cakap buruk. Kita teruskan hidup, tunjuk apa yang kita boleh buat.

"Jadi OKU bukan tak boleh buat apa-apa, macam-macam kita boleh buat sebenarnya," ujar anak bongsu daripada dua beradik itu.

aqqilla3

Kata Aqqilla, dia pernah dihina dengan pelbagai gelaran ketika zaman sekolah.

Kini, Aqqilla sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah dalam bidang Perakaunan di Kolej Universiti Islam Melaka dan menyimpan hasrat bergelar akauntan suatu hari nanti.

Kisah Aqqilla menjadi bualan apabila dia berkongsi mengenai soalan-soalan yang sering diterima sebagai pemegang kad OKU menerusi satu video di TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata Aqqilla, dia tak sangka dirinya menjadi tular namun bersyukur dengan sokongan ramai yang diterimanya.

"Ada juga individu senasib (OKU) mesej saya di TikTok, mereka tanya pendapat dan kongsi pengalaman.

"Alhamdulillah tiada komen negatif. Semua bagi semangat," ujar Aqqilla yang menetap di Masjid Tanah, Melaka.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain