suria

“Tak mimpi dapat begini” - Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew

Wanita ini gagal menahan sebak selepas dihadiahkan gerai mudah alih oleh Ustaz Ebit Lew.

NAMA pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.

Terbaharu, perkongsian Ebit di Facebook mengenai bantuan yang dihulurkan kepada seorang peniaga Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mendapat perhatian ramai.

Menurut Ebit, pertemuan dengan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur menimbulkan rasa hiba dalam hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak dalam pelukan, peniaga jagung rabun kronik akui bahagia dapat jumpa Ustaz Ebit - “Pakcik ni tak nak apa-apa”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

"Tiada dua tangan dan tiada dua kaki. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita.

"Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli.

"Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini," ujarnya di Facebook.

Dedah Ebit, wanita itu merupakan penerima bantuan duit bulanan zakat dan turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ebit turut sebak sewaktu bertemu wanita ini.

Namun, atas inisiatif sendiri dia tetap mahu membantu dengan menghadiahkan gerai mudah alik untuk wanita itu.

Sewaktu menyampaikan bantuan berkenaan, wanita itu juga gagal menahan air mata seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dihadiahkan kepadanya.

"Saya terus belikan awning stall bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis.

Doakan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini.

USTAZ EBIT LEW

"Ya Allah, ustaz... mahal, cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan stall ini," imbas Ebit lagi.

Ujarnya, wanita itu akan berniaga di hadapan tasik di Sri Rampai.

Selain kuih tepung pelita sebagai menu utama, wanita itu juga akan menawarkan juadah ayam penyet untuk pelanggannya.

Selain tepung pelita, wanita itu juga akan menjual ayam penyet tidak lama lagi.

"Doakan buat akak ni ya. Jika siapa berdekatan bolehlah membeli dengan kakak ini," ujar Ebit lagi.

Posting yang disertakan dengan beberapa foto itu sehingga kini menerima lebih 200,000 tanda suka dan dihujani lebih 6,000 komen.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira atas bantuan yang disampaikan dan mendoakan kesejahteraan wanita itu serta Ebit sendiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Dulu pengemis, kini bertanding ratu cantik