suria

“Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

Antara foto yang dikongsi menerusi Facebook Ebit.

KEPRIHATINAN pendakwah terkenal, Ustaz Ebit LEw yang banyak memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan insan-insan memerlukan sepanjang penularan Covid-19 di negara ini menjadi bualan ramai.

Terbaharu, kisah Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau memborong barang keperluan dengan lori 10 tan untuk diagihkan turut menerima pujian netizen.

Menurut Ebit, dia mahu membeli barangan runcit untuk diagihkan kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit kongsi 3 petua buat mualaf bimbing insan tersayang - “Depan mereka saya buat-buat tabah, dalam kereta saya menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak lahir tanpa kaki berlinang air mata didekati Ustaz Ebit - “Saya tengok awak, ingat anak dekat rumah”

"Saya membeli dekat Malakat Mall Cyberjaya dan juga di St Rosyam Mart. Kagum pada mereka peniaga Islam yang hebat. Terima kasih atas layanan baik Datuk Rosyam Noor dan Datu Nazim dan Tuan Fadzil.

"Paling penting ramai staf tolong angkat. Saya tiada staf. Ada beberapa anak muda membantu. Saya borong dengan lori 10 tan.

"Penuh lori. Doakan ya. InsyaAllah saya akan gunakan adik Grab, runner anak muda untuk pusing sekitar Kuala Lumpur (KL). InsyaAllah habis je terus top up lagi," ujarnya.

Antara bekalan asas yang diagihkan oleh kumpulan Ustaz Ebit.

Menurut Ebit lagi, dia juga sama sekali tidak menyangka masyarakat dunia akan melalui keadaan getir seperti apa yang berlaku pada hari ini.

Namun katanya, apa yang boleh dilakukan adalah berdoa kepada Allah serta patuh arahan pihak berkuasa termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Covid-19 ini cuma datang kali ini. Tak pernah rasa begini sepanjang hidup. Selalu dengar khabar akan ada hari begini datang. 

"Tak sangka kini kita berada di waktu dan suasana begini. Entah apa akan jadi esok pun kita semua tak tahu.

"Kita berdoa dan berharap pada-Nya sentiasa. Pasti ada rahmat di sebaliknya. Stay At Home. Jangan keluar tanpa keperluan," katanya lagi.

Saya borong dengan lori 10 tan. Penuh lori. Doakan ya. InsyaAllah saya akan gunakan adik Grab, runner anak muda untuk pusing sekitar Kuala Lumpur.

USTAZ EBIT LEW

PENDAKWAH

Dalam pada itu, posting Ebit mengenai hal itu turut mendpat perhatian ramai apabila ia menerima lebih 55,000 tanda suka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur, tak kurang juga yang memuji keprihatinan pendakwah itu.

"Semoga Allah kurniakan ramai lagi di kalangan kita yang mcm ustaz. Kerja kebajikan yang dipertontonkan ini semoga menjadi asbab kita semua berlumba-lumba membuat bekal akhirat.

Ebit tidak menyangka dunia akan melalui keadaan getir seperti apa yang berlaku pada hari ini.

"Allahuakbar ustaz. Semoga kami dapat beramal seperti ustaz juga.

"Alhamdulillah ustaz. Ini juga merupakan satu dakwah untuk orang lebih menilai Islam. Sebab tu orang Islam kena kaya. Bila kaya rezeki boleh dikongsi bersama. Bayar zakat, sedekah jariah dan banyak lagi untuk kembalikan kepada masyarakat," tulis netizen.

Ebit pada Jumaat membuat permohonan maaf apabila ada pihak yang kurang senang dengan kerja amal dilakukannya.

Katanya, dia lebih selesa untuk tidak mengendahkannya dan terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Biasalah manusia ini berbeza pendapat. Tak apa nanti habis covid-19 ini saya jumpa mereka semua seorang demi seorang. Tunggu ya nanti saya jumpa semua. Saya sayang semua kerana Allah.

"Sedekah ada dua jenis, sembunyi dan terang-terangan. Dua-dua tetap sedekah. Disebut dalam al-Quran.

"Begitu juga hadis. Saya pohon Allah maafkan saya dan sentiasa beri saya keikhlasan. Pohon doakan saya itu sahaja saya dan kita semua harapkan reda Allah," kata Ebit.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Ustaz Ebit Lew, Covid-19, PKP, lori 10 tan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain