suria

Jurugambar dapat izin rakam gambar makcik OKU depan bank! Tak besar permintaannya, cukup sekadar tolong ‘cetak satu kertas’

Ray (kiri) terserempak dengan wanita OKU itu ketika berkunjung ke sebuah bank pada Isnin.

KEHADIRAN jurugambar ini ke sebuah bank di Parit Buntar, Perak pada Isnin mempertemukan dia dengan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut Loh Chong Kuan atay Ray, 32, wanita yang berkerusi roda itu bertindak menawarkan sebotol air mineral sebelum mereka berborak seketika dan dia memberi sejumlah wang kepadanya.

"Saya ada urusan di bank CIMB, dia berada betul-betul depan bank. Masa nak masuk pun saya dah perasan. Kemudian masa saya keluar, dia bagi air.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ni mereka datang pagi” - Mahu ubah pekerja lori sampah jadi model, jurugambar sanggup tunggu berjam-jam

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buta warna pilih kerjaya jurufoto, hasilnya sangat wow! - “Client ragu-ragu, saya tak ambil hati”

"Mula-mula saya tak tahu yang dia menjual di situ. Dia duduk di depan bank. Saya pula tak ada cash, jadi saya pergi ke kereta dan ambil wang.

"Kemudian saya tanya makcik jual apa? Dia kata jual air dengan minyak angin. Jadi saya sedekahkan sejumlah wang untuknya," ujarnya kepada mStar.

Selain memberikan sejumlah wang, Ray turut merakam dan mencetak gambar wanita itu untuk dihadiahkan kepadanya tidak lama lagi.

Menurut Ray, dia juga sempat berborak seketika dengan wanita itu sebelum dia diceritakan mengenai kisah lamanya sebagai bekas anggota polis.

"Makcik sendiri bagitahu dia dulu adalah seorang polis. Lepas tu kemalangan. Saya pun tak sempat tanya bila dia kemalangan sebab ada orang lain menunggu di situ.

"Makcik juga ada minta Ray buat satu kertas, macam kad untuknya yang tertera ayat 'Assalamualaikum, menjual sambil menderma. Tolong membantu sedikit sebanyak OKU.'

"Ia akan dipamerkan ketika dia berniaga. Saya balik rumah dan sudah print kertas itu. Mungkin esok atau lusa saya akan hantar kepadanya.

Saya faham perasaan menunggu pelanggan, kesian nak tunggu lama-lama.

RAY

"Dia sebenarnya dah ada kertas yang sama, cuma ia dah buruk. Jadi dia minta saya buat yang baharu," kata Ray lagi.

Sebagai jurugambar, Ray juga meminta kebenaran wanita itu untuk merakam fotonya sekitar lima minit ketika pertemuan itu.

Video yang dikongsi Ray tular di TikTok.

Lebih istimewa kata Ray, dia juga sudah mencetak gambar wanita itu yang akan diserahkan tidak lama lagi.

"Sebagai jurugambar, saya suka ambil gambar untuk buat kenangan. Saya pun dah ready gambar tu, akan dihantar sekali dengan kertas yang dia minta saya buat.

"Saya sebenarnya rasa sedih masa pertama kali tengok makcik. Teringat tok saya yang dah lama meninggal.

Wanita itu turut meminta Ray membuat sekeping kad di atas kertas yang baharu untuk dipamerkannya ketika berniaga.

"Saya juga faham perasaan dia sebab mak ayah saya penjaja makanan. Saya faham perasaan menunggu pelanggan, kesian nak tunggu lama-lama," ujarnya.

Ray turut berkongsi video pertemuannya dengan wanita itu di TikTok sehingga menerima lebih 130,000 tontonan.

Ray sebelum ini pernah mendapat liputan mStar apabila dia menjalankan sesi photoshoot bersama pekerja lori sampah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Covid-19: 70 kilang diarah tutup