suria

Ibu muda tiba-tiba kritikal ketika warung bihun sup baru nak maju, hanya sempat bahagia 6 bulan selepas bertahun ‘tadah tubuh’ dibelasah suami

Ibu muda ini kini kritikal selepas tiba-tiba tidak sedarkan diri, dua hari lalu.

KISAH pilunya pernah menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Natipah Abu dalam satu posting di Facebook lebih sebulan yang lalu.

Perkongsian tersebut mengisahkan betapa kehidupan ibu muda bernama Khodijah bersama empat anaknya yang masih kecil terkapai-kapai selepas bekas suaminya terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Tidak bertindak sebagai ketua keluarga yang melindungi anak dan isteri, sebaliknya lelaki tersebut juga sering melampiaskan amarahnya tanpa mengira waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal 5 anak dihalau suami! Merempat di masjid di Selangor sebelum tumpang homestay di Kedah berbekal RM100 - “Anak umur 14 tahun kerja tukang cuci”

ARTIKEL BERKAITAN: Bertongkat singgah kedai belum dibuka, makcik tua senyum meleret dipelawa pilih barang free... pegang punya pegang akhirnya ambil telekung!

Tubuh ibu muda berusia 32 tahun ini dan anak-anaknya penuh dengan kesan birat dek sikap baran lelaki tersebut.

"Ditanya bagaimana dan mengapa dirinya masih terus bertahan sedangkan dia sudah bertahun didera suami, maka jawapannya 'saya tak kerja, anak saya semuanya kecil lagi. Kalau saya bercerai, anak saya nak makan apa. Mak saya pun orang susah, ayah saya pun dah tak ada'.

"Selain terpaksa menadah tubuh sebagai habuan dipukul, mereka anak beranak kadang-kadang terpaksa mengikat perut. Namun Khodijah tetap ingin mempertahankan rumah tangganya.



Kes ibu muda ini mendapat perhatian pihak Natipah untuk diberikan bantuan dan sumbangan agar bangkit semula membina kehidupan baharu.

"Sehinggalah enam bulan yang lalu, dia tidak dapat menyembunyikan lagi keadaannya dari kaum keluarga setelah berbirat seluruh tubuh dan lebam seluruh wajah dibelasah suami," cerita Natipah.

Tidak tahan dengan keadaan tersebut, Khodijah akhirnya nekad membuat laporan polis dan sejak bekas suaminya diberkas, mereka tidak lagi berhubung sehingga kini.

Menurut Natipah, kes Khodijah mendapat perhatian pihaknya lantas sumbangan orang ramai disalurkan kepada ibu muda tersebut untuk membina kehidupan baharu di samping anak-anaknya.

"Berkat sedekah Jumaat, kita telah menyediakan sebuah warung di hadapan rumah ibu Khodijah yang mana kedudukannya betul-betul di simpang jalan, laluan utama keluar masuk kampung yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.



Warung bihun sup yang diusahakan Khodijah ini adalah sumbangan pihak Natipah hasil bantuan orang ramai menerusi Sedekah Jumaat.

"Warung yang menjual makanan ringan dan bihun sup ini mendapat sambutan yang amat memuaskan. Kita menyediakan semua kelengkapan berniaga.

"Juga membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Khodijah dan menyumbang sejumlah wang tunai untuk meringankan segala penanggungannya," kata Natipah yang sudah 11 tahun berkecimpung dalam lapangan aktiviti kebajikan dan misi kemanusiaan.

Namun takdir Tuhan tiada siapa menduga, perkhabaran yang diterima pada Isnin memaklumkan Khodijah berada dalam keadaan kritikal selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba, begitu mengejutkan Natipah.

Terasa dunia seakan terhenti berputar dan berderai hati ahli keluarga bila pemeriksaan doktor mendapati berlaku pendarahan yang kritikal di dalam kepalanya.

NATIPAH ABU

AKTIVIS MASYARAKAT

"Dia dan anak-anak baru saja menarik nafas lega setelah dibantu oleh kita semua baru-baru ini. Dan dia memulakan hidup baru dengan bahagianya tetapi hari ini kita menerima khabar yang sungguh mendukacitakan.

"Khodijah tiba-tiba tidak sedarkan diri di rumah ibunya pagi tadi (Isnin) dan dikejarkan ke hospital. Terasa dunia seakan terhenti berputar dan berderai hati ahli keluarga bila pemeriksaan doktor mendapati berlaku pendarahan yang kritikal di dalam kepalanya," cerita Natipah.

Menurutnya, perkembangan terbaharu yang diterima daripada ahli keluarga Khodijah memaklumkan pasukan perubatan berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.



Natipah (depan) aktif dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 11 tahun lalu.

"Namun Khodijah masih tak sedarkan diri... keluarganya pun sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada doktor.

"Ya Allah, kasihan anak-anak yang masih kecil. Mereka sudah tiada kasih ayah, kini ibu pula sakit.

"Marilah kita sama-sama doakan agar Allah permudahkan segala urusan Khodijah dan sembuhkan dia seperti sediakala hendaknya," katanya lagi.

Natipah turut berkongsi keadaan terbaharu Khodijah di laman Facebooknya yang mana sehingga kini meraih lebih 100 shares.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen melahirkan rasa simpati malah turut mendoakan ibu muda tersebut diberikan kesembuhan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain